Soda Bikarbonat atau Soda Penaik | Bahan penting untuk membuat kek  mungkin ada dan pastikan ada dalam semua rumah kerana bahan ini banyak kegunaanya selain digunakan untuk memasak ni banyak kegunaanya dalam isu kesihatan



1. Melawan Jerawat
caranya: campurkan satu sudu teh soda penaik dengan sedikit air untuk membuat pes.  Sapukan pada kulit yang terjejas selama 1 - 2 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.  Ulang sekali setiap hari selama 2 atau 3 hari, kemudian kurangkan kekerapan hingga 1 hingga 2 kali seminggu dan lihatlah hasilnya.


2. Memutihkan Gigi Kuning
Soda penaik sangat  baik untuk menjadikan gigi putih bersinar.  Ia berfungsi sebagai pelelas ringan untuk menghilangkan noda kuning pada gigi disamping membantu mengeluarkan plak dengan meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria. Anda boleh letakkan sedikit soda penaik pada berus gigi bersama ubat gigi biasa.  Berus gigi seperti biasa selama 2 minit, lakukan sekali sehari selama beberapa hari.

Sebagai altenatif sediakan pemutih gigi buatan sendiri dengan empat sudu serbuk akar kunyit, dua sudu soda penaik dan tiga sudu minyak kelapa dara. Campurkan semua bahan dengan teliti.  Gunakan pes ini untuk memberus gigi anda sekali sehari selama beberapa hari.

Amaran : Elakan daripada menggunakan soda penaik berlebihan kerana ia boleh mengikis enamel gigi semulajadi andaa


3. Meredakan kesan selaran matahari
Soda penaik bersifat alkali dan mempunyai kesan menenangkan pada kulit yang terbakar  akibat selaran matahari, membantu melegakan gatal dan kesan terbakar.  Ia juga mempunyai ciri anti septikk ringan dan pengeringan yang membantu mengeringkan lepuh selaran matahari dengan cepat.

Campurkan 1- 2 sudu soda penaik dalam secawan air sejuk.  Rendam tuala kecil yang bersih dalam larut ini, perah tuala dan tekapkan pada kawasan terjejas selama 5  - 10 min.  Ulang 2 atau 3 kali sehari sehinga anda mendapat kelegaan.  Sebagai alternatif, tambahkan setengah cawan soda penaik dalam tab mandi yang penuh air .  Kacau rata dan berendamdalam air ini selama 10 - 15min.  Selepas keluar dari tab mandi tekap kering atau biarkan badan anda kering sendiri.  Lakukan sekali sehari selama beberapa hari.


4. Memperbaik tona kulit
Warna kulit tidak sekata adalah masalah utama bagi ramai orang dan untuk mendapat kulit leibh cerah dan sekata, soda penaik adalah penyelesaiannya yang merupakan agen pengelupasan yang baik membantu menghilangkan sel mati, menyeimbangkan paras pH kulit yang sangat penting untuk menjaga kulit sekata dan bersih.

Campur 1 hingga 2 sudu teh soda penaik dgn air atau air mawar untuk dijadikan pes sebelum dioles pada wajah.  Biarkan seminit dan gosok perlahan dengan hujung jari.  Cuci denga air suam. Lakukan sekali atau 2x seminggu selain pastikan lembapkan kulit selepas menggunakan soda penaik.

Sebagai alternatif, campurkan 1 sudu soda penaik dan jus lemon bersama 4 - 5 titis minyak zaitun. Tekapkan campuran ini pada wajah dan biarkan selama 5 minit sebelum dibilas dengan air sejuk. Ulang 2 - 3 x seminggu.


5. Menghilangkan kelemumur
Kelemumur sukar dihilangkan terutama ketika musim sejuk tetapi tidak mustahil.  Soda penaik bolehh membantu menghilangkan serpihan putih yang mengganggu kulit kepala dan rambut anda.  Ia membersihkan kulit kepala dan membantu membuang serpihan dari kulit kepala. Sifat alkali soda penaik membantu membawa keseimbangan pH kulit yang sihat.

Gosokkan 1 sudu soda penaik pada rambut dan kulit kepala.  Biarkan seketika kemudian bilas bersih dengan air.  Lakukan ini seminggu sekali sahaja.  Sebgai tambahan, campurkan jus segar sebiji lemon dengan 1 sudu teh soda penaik.  Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 2 - 3 minit dan kemudain bilas rambut hingga bersih. Lakukkan  perawatan ini seminggu sekali

Selamat mencuba!

Nota kaki : Tak semua orang sesuai menggunakan soda penaik ini terutama dibahagian muka kerana kulit sensitif kepada bahan ni, jadi sila berhati-hati atau elak dari menggunakannya.