Kerabu Pakurawan dengan kerang

11:58 PM

Ok kali ni SSL nak share resepi kerabu paku rawan yang mmg favourite mak.  Sila tengok cara-cara sangat mudah cara membuatnya kat setiap gambar.

Image result for paku rawan pokok
ni la rupa paku rawan yang banyak di taliair, dibendang, disungai...kalau kat kampung d'hubby di Utara mmg boleh nampak kat tepi2 sungai berlambak

Cili kering 5-7 tangkai, 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih ditumbuk
Paku rawan dipotong kecil dalam 2 inci dan direbus
Paku rawan yang direbus digaul dengan cili tumbuk

Paku rawan yang digaul campur kerang rebus dan kerisik dalam 2 sudu. Digaul hingga sebati

Beginilah rupa kerabu paku rawan yang lengkap.  Maaf ler sbb beras tu kurang halus hehe.  Tapi yang pasti mmg sedap dan terangkat rasanya...tak percaya cuba la resepi ni

Beras yang digoreng tanpa minyak hingga warna kegelapan bukan hangit ok, kemudian ditumbuk hingga halus.  Beras tu ditabur kedalam kerabu sebagai penambah rasa dan selera.

Selamat mencuba


You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB