http://madisyak.blogspot.my/


Senduduk Ungu spesis senduduk yang dipanggil Melastoma Malabathricum boleh dijumpai tumbuh meliar di kawasan-kawasan semak serta di tepi-tepi hutan, tepi-tepi pagar dan parit dan tak diendah kerana orang lebih berminat pada senduduk putih yang dikatakan lelbih berkhasiat.

Senduduk membiak secara semaian biji benih, sentiasa berbunga dan berbuah. Buah senduduk boleh dimakan tapi agak masam.  Warna kebiruan yang dihasilkan dari buah selalunya dijadikan pewarna pada kain.  Pucuknya boleh dijadikan ulam.

Zaman Umi kecil dulu, kami suka ambil dan makan buahnya yang kekelatan dan kemasaman tu dan kemudian masing-masing saling tunjuk lidah sebab lidah akan berwarna kebiruan selepas memakannya.  Memang teruja masa tu.

Antara kegunaan senduduk adalah untuk wanita selepas bersalin bagi mengembalikan kecergasan badan.  Daunnya dicampur dengan daun mengkudu, daun serai wangi, pandan dan daun limau purut dan dimasukkan kedalam air panas untuk dibuat air mandian dalam pantang.

Daun yang tua ditumbuk dan air tapisannya boleh diminum bagi menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin dan daunnya juga boleh digunakan untuk merawat luka, terkena bisa serta boleh melegakan buasir dan cirit-birit