SELAMAT HARI MERDEKA KE 53

3:36 PM

Selamat menyambut Hari KeMERDEKAan ke 53 wahai Malaysiaku tercinta. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.

Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.

Sambutan kali ini yang dibuat secara tertutup di Stadium Bukit Jalil dalam mengimarahkan bulan yang penuh barakah bulan Ramadan. Sambutan kemerdekaan di hari ke 21 Ramadan bulan yang mulia.

Adakah kita benar2 telah merdeka?

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB