Minyak RON97 naik lagi

8:27 PM

isssh tak tau nak cakap apa dah...geram, tekanan perasaan, marah semua ada bila dapat tau tengah malam ni tepat jam 12:00 minyak RON97 akan naik lagi 10 sen menjadikan harga 2.40 seliter.  Untuk pengguna RON95 kenaikan tetap ada tapi tak tau bila.  Terfikir nak tukar RON95 tapi implikasinya?? yang pasti ia kan merosakkan enjin dan ada yang kata kebanyakan kereta bila kemalangan akan terbakar? Betulke? entahla tapi yang pasti bila aku guna RON95 kereta memang tak speed up or jerking. Inikah hadiah Kerajaan pada orang ramai diatas kemenangan BN di Dun Tenang dan diatas usaha Kerajaan yang membekukan kenaikan tol di lebuhraya Karak dan Pantai Timur untuk selama 5 tahun?? Hmmmm...fikirlah sendiri

Apa-apa pun rasanya macam nak isi minyak jer malam ni sebab nak travel jauh esok malam...Yeahhh nak sambut Tahun Baru Cina kat kampung D'Hubby nun di Kedah.  Apa2 pun tengok kerajinan ler pulak kot.


Harga minyak naik lagi.





29 Muharram 1432H.
Cina Islam

Harga minyak Petrol RON97 akan naik lagi RM 0.10 seliter mulai 12.00 tengah malam ini dari RM 2.30 kepada RM 2.40 seliter. Kenaikkan ini dilihat dari jangkaan kenaikan yang akan berterusan kepada RON97 yang akan mencecah harga kepada lebih RM 3.00 seliter pada penghujung tahun ini mengikut satu maklumat yang saya perolehi.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 masih kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Selain itu minyak Petrol RON95 juga akan mengalami beberapa kali kenaikan pada tahun ini pada kadar yang belum dipastikan lagi menurut sumber yang kami perolehi juga.

Inilah hadiah tahun baru 2011 untuk seluruh rakyat Malaysia.



petrol station cartoons, petrol station cartoon, petrol station picture, petrol station pictures, petrol station image, petrol station images, petrol station illustration, petrol station illustrations
Jangan pulak kita mengalami masalah seperti dalam kartun ni pulak!

Kenaikan tol lebuh raya Karak, Pantai Timur dibeku lima tahun

TERKINI @ 03:56:02 PM 28-01-2011
January 28, 2011

Najib
PUTRAJAYA, 28 Jan — Tarif tol melibatkan dua laluan — lebuh raya Karak dan Pantai Timur tidak akan dinaikkan selama lima tahun, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Najib juga mengumumkan bahawa tol bagi lebuh raya Timur-Barat di persimpangan Salak dan Taman Connaught dijangka akan dimansuhkan Mei ini.
Ketika membentangkan Bajet 2011 tahun lalu, Najib mengumumkan tol bagi lebuh raya kendalian Plus akan ditangguhkan selama lima tahun.
Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 ialah MTD Prime Sdn Bhd manakala syarikat konsesi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught adalah Metramac Corporation Sdn Bhd.
Mengenai tiada kenaikan tol bagi dua lebuh raya berkenaan, Najib meminta supaya tempoh konsesi tidak dilanjutkan dan tiada pampasan diberikan oleh kerajaan bagi semakan tol yang tertunggak itu.
Bagi penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat pula, beliau berkata, ia adalah penutupan lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya iaitu pada 2018.
Katanya langkah itu juga tidak membabitkan pemberian sebarang pampasan.
Perdana Menteri berkata inisiatif penutupan awal tol itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuh raya tersebut.
“Ini bermakna pengguna lebuh raya tersebut tidak perlu lagi membayar tol. Tarikh implementasi penutupan tol, bagaimanapun akan berkuat kuasa setelah urusan dokumentasinya selesai, dijangka dalam bulan Mei 2011,” katanya.
Najib berkata inisiatif itu juga adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaian berhemah berkaitan isu tol.
“Saya juga ingin menyeru agar inisiatif sebegini dapat dicontohi oleh syarikat pemegang konsesi yang lain demi kepentingan rakyat,” katanya.
Ditanya sama ada inisiatif-inisiatif yang diumumkan itu turut akan dilakukan di Lebuh Raya Utara-Selatan, yang dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad dan menjadi laluan utama pengguna di negara ini, Najib berkata perkara itu juga masih dalam pertimbangan kerajaan.
“Nanti dulu, satu persatu. Ada lagi. Saya ada banyak pengumuman akan datang” kata beliau.


You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB