Kena Tinggal Lagi...Eh Ada Good News! | Alahaiii, kena tinggal lagi la nampaknya ! bukan sesuatu yang tak biasa malah dah biasa sangat antara kami suami isteri, samada Mr D'hubby kena tinggal atau dia akan tinggalkan saya demi mencari rezeki. Disebabkan itulah kami sepakat, either one of us should be at home untuk jaga anak-anak dan kena tak pernah lagi kami berdua outstation serentak. Kesian kat budak-budak tu dan kesian pulak kat mak dan abah yang kena jaga mereka nanti.


Apa yang bestnya bila D'hubby outstation ke Kota Kinabalu kali ni, dah mula cuti sekolah jadi tak la ligat saya nak keluar hantar anak-anak seperti yang lepas-lepas. Alhamdulillah, syukur sangat.






Perkara yang agak malas nak dibuat bila D'hubby outstation semestinya part nak


Pertamanya kena keluar rumah untuk sidai bagu, nak angkat baju dan paling penting basuh baju walaupun guna mesin automatik. Fuhh bercinta tu macamlah kena cuci baju dengan memberus pakai tangan kan.


Kedua kena banyak bercakap, membebel dan berleter dan silap-silap jadi macam Tarzan dok memanggil sorang demi sorang anak-anak untuk mandi, untuk kemas mainan..fuhhh 



Tapi kan, Mr D'hubby relax jer bila aku ke Dubai untuk sales trip selama 10 hari hari tu dan sampai balik 7 Mei dan sekarang selang 10 hari dia pulak kena ke Kota Kinabalu, 27 Mei hingga 2 Jun. 


Waktu mengomel cakap uish lamanya u pergi, dia boleh kata "ala, you pergi lagi lama" uhuhukk


Warghhhh windunyaa kat dia..


Waktu D'hubby otw ke Kota Kinabalu, Sales Advisor call bagitau yang loan dah confirmed lulus. Alhamdulillah, seronok dapat berita baik tu dan mujur dapat kongsi dengan Mr D'hubby sebelum dia berlepas ke Kota Kinabalu.


Memang tak sabar nak tunggu tunggu the unit dan tak sabar nak pergi ambil bila dapat surat pelepasan dari pihak JPJ. Walaupun gembira tapi sama banyak dengan risau..risau oh risau, sila pergi jauh.


Memang banyak nak story kat sini tapi too many to tell sampai tak terkeluar sebab tak tahu nak cerita yang mana dulu, dah la sekarang ni banyak kerja sebab orang-orang Arab dah mula langkah ke Malaysia. Hurmm