Khamis / 25 Nov 2011
Sewaktu kami sekeluarga sampai Mak masih boleh bercakap walau pandangan matanya seakan tiada tindak balas macam sewaktu dia masih sihat namun masih dapat mengenali anak2nya

Jumaat / 26 Nov 2011
Mak masih kelihatan sihat, masih mampu mengangkat kaki kirinya dan sesekali kedua-dua belah tangannya mengawang persis bayi yang baru lahir dan masih boleh bercakap walau percakapannya tidak dapat kami fahami

Sabtu / 27 Nov 2011
Ahli keluarga semua panik kerana mak menunjukkan reaksi seakan-akan meninggalkan anak2nya namun kembali tenang.  Perkhabaran ke anak sulungnya dihantar dan kemudian dinasihatkan untuk lebih relax kerana keadaan mak kembali reda.  Namun keadaan mak membuat kami tertanya kerana mulutnya keras, ternganga dengan bunyi dengusan yang sungguh kuat

Ahad / 28 Nov 2011

Semalam pergi berjumpa ahli perubatan islam di Kuala Perlis dan ustaz usulkan untuk membuat bacaan ayat suci AlQuran selepas Maghrib dan pastikan semua duduk berjauhan dari MIL.  Kata Ustaz, MIL sedang diganggu..wallahuallam.  Kata beliau lagi kami harus berjaga2 kerana kalau MIL sedar..hanya untuk sementara.

Usai solat Maghrib, dhubby pun mula membaca ayat2 yg diberikan, aku dan anak2 serta yang lain duduk memerhati dari jauh..tiba2 adik ipar ku menjerit dan jatuh pengsan...tak pasti kenapa..dia kemudian diangkat suaminya ketepi dan dibacakan ayat2 suci AlQuran..dan dia pun tersedar..Alhamdulillah.  Aku buat isyarat minta untuk duduk dekat dgn MIL, dhubby izinkan.
Aku memberanikan diri untuk duduk disebelah d'hubby dan memerhatikan mak yang nafasnya semakin lemah.  Isteri sepupu d'hubby iaitu Kak Zah duduk berdekatan juga menantu cucu mak Siti Fatimah juga Angah.  D'hubby berkata bomoh cakap mata mak akan terbuka untuk beberapa ketika dan waktu tu mereka bolehlah memohon maaf buat kali terakhir kerana itulah tanda dia akan meninggalkan kami dan kemudian D'hubby bangun untuk menonton perlawanan bola Malaysia dan Bahrain.  Aku masih duduk memerhati penafasan mak dan ubun2nya turut berombak seperti bayi yang baru lahir.  Aku perhatikan perut mak berombak laju kemudian berhenti diikuti dadanya berombak kemudian berhenti.  Kemudian ombakan di tekaknya serta diubun2 tetiba matanya terbuka..aku terkejut dan menyuruh Angah memanggil d'hubby dan d'hubby memanggil ahli2 yang lain.  Sambil membisikan salawat ke telinganya dan merasa denyutan di nadi  dan tangan dan mak pergi menyambut seruan Illahi pada jam 10.24 malam mengikut perkiraan aku.
 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Kemudian anak2 pun bersiap untuk memandikan mak dan mak ditempatkan di tengah rumah untuk memudahkan urusan.  Anak menantu, cucu dan anak menakan turut bersama tidur menemani arwah

Yang pasti tahun depan tiada lagi nasi ulam, tiada lagi orang yang akan sibuk menyediakan bantal, sarung dan selimut untuk kami tidur dan yang tanpa jemu menyiang ikan walau dalam keadaan kekurangan setelah kakinya dipotong...itu semua hanya tinggal kenangan.

Teringat aku mak mertua memang rajin berjalan dan kekadang meninggalkan ayah mertua berminggu untuk ke rumah anak2.  Dan bila dia datang ke rumah aku, D'hubby mula mengada menyuruh maknya memasak macam2 dan yang pasti mak mertua sangat rajin ke kebun.  Ohhh aku tak akan dapat kunyit serbuk kering dan asam jawa buatan mak mertua lagi entahlah mungkin kakak ipar D'hubby akan membuat dan bagi kami lagi??? Wallahhualam.

Jenazah mak dikebumikan bersebelahan kubur Amit cucunya dan urusan berjalan lancar

Aku dan keluarga sempat bersama2 untuk kenduri tahlil 2 malam berturut2 walau abang ipar dan D'hubby tidak beria membuatnya kerana dalam Islam hanya 3 perkara yang penting.
Pertama : amalan si mati.
Kedua : amal jariah dan
ketiga : doa anak2 yang soleh dan solehah buat siibu

Semoga roh mak mertua ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman.