Lagu nyanyian kumpulan Tropika pada tahun 80an tapi kembali dipopularkan oleh kumpulan Jinbara.  Tak berapa tahu pasal lagu ni walau pun ni zaman remajaku la jugak mungkin sebab mereka tak sefofular Wings, Search dan yang pasti kerana mereka tak hensem kot..hikhikhik

Kemudian lagu ni pulak asyik dinyanyikan oleh D'hubby dan rupa2nya lirik2 lagu ni  berdasarkan tempat2 kat Kedah..hehehe baru perasan bila dalam 2 tahun lepas D'hubby bawak kami sekeluarga ke Pantai Merdeka dan setiap kali balik ke Utara pasti melintasi Gunung Jerai ni jadi bait2 lirik tu terpahat kat minda la jugak..