Salam Maal Hijrah 1433

1:13 AM

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih dipanjangkan usia untuk meniti hari-hari bersama keluarga, suami serta anak-anak tercinta di tahun baru ni.  En Hubby pulak outstation dari 12 Nov lagi jadi tinggal lah kami anak beranak.  Semoga tahun ini titik kepada kehidupan kami yang lebih baik dan lebih sempurna serta bagi kami mendapat keredhaanNya.  Semoga beroleh kesihatan dan juga rezeki yang lebih berkat dariNya.

Sudah lama tidak menulis membuat rasa kekok juga walau sebenarnya banyak nak dicoretkan tapi kesuntukan masa membataskan segala.  Akhirnya sempena tahun baru Islam ini berjaya akhirnya mencoret untuk pedoman dan peringatan dan untuk menghayati kemuliaan agama Islam yang cukup sempuran buat kita semua

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM SEDUNIA TIDAK KIRA DIMANA SAHAJA ANDA BERADA

Pengertian AWAL MUHARRAM- MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.Peristiwa-peristiwa penting :~ 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

 DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

 DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

 

You Might Also Like

1 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB