Dubai 2013 / Part 3 - Perjalanan sehari ke Ras Al Khaimah

12:00 AM

10 Mei 2013

Gihan berkali2 cakap nak datang jemput jadi tak la kemana2 juga SSL batalkan lunch date dengan Aslam.  Tapi sebenarnya dah makin berusia ni rasa macam kurang manis pulak kan keluar berdua dengan Aslam walaupun kat negara orang dan jauh dari dhubby dan sanak saudara.

Tunggu punya tunggu sampai nak berjanggut tengahari baru Gihan sampai. Yeaaa akhirnya dapat jugak ke Ras AlKhaimah ni.



Hari Jumaat jadi semua kedai tutup dan shopping mall yang disinggah pun tutup tapi Gihan nak pergi sebab dah terlanjur kesini kan
anak bongsu Gihan buat teringat kat Icha
Sampai rumah Gihan dan mulanya agak segan sebab husband dia jugak tapi both of them are very nice sama jugak 3 orang anaknya yang pemalu.  Gihan dan family ni asal orang Egypt yang dah bermastautin di Dubai tapi mereka lebih suka tinggal di Ras AlKhaimah sebab rumah lebih murah.

Lepas lunch yang sedap sebab ikan bakar yg fresh tapi rasa mual sebab minum air susu masam keke.  Berkali2 Gihan soh tidur kat rumah dia..alamak tak ler sebab first time walau kenal Gihan dah bertahun2.  Lepas lunch, depa bawak SSL ke rumah parents Gihan yang sangat humble walau bapa Gihan tu lawyer.  Dia tinggalkan anak2 dia kat rumah parents dia dan bawa SSL round bandar Ras AlKhaimah.

Kami berhenti kat tepi laut dan kira macam drive thru tapi ni pelayan kedai tu datang dan dengan dulang teh kemudian depa bawak SSL ke shopping mall.  Ingat nak buat apa, rupanya depa suruh pilih abaya...waaa takuttnya sebab harga abaya tu semua mahaiiii walau hati nak la jugakkan.  Finally dapat grab 1 dan siapa testing dan potong ikut ketinggian yang tak tinggi nii haha

Depa bawa lalu bandar Ras AlKhaimah dan SSL sempat tengok lelaki Arab menari dekat kawasan lapang kat dewan perkahwinan..awesome sebab tarian tu sangat slow dan sempat ambil video jugak dan kami pergi jugak kat tepi sungai tapi tak la nampak apa sangat sebab dah malam kan.


yang ni yang untuk perasap dalam rumah
Gihan suruh pilih bau mana yg nak..adehhh bukan kita pandai pun tapi kedai ni memang kedai khas yang jual serba maneka wangian dan harganya erkkk nak tercekik tengok

ole-ole dari Gihan
Tak cukup dengan abaya dan pewangi rumah tu, dibekalkan pulak manisan...aduhh naik kembang muka sebab banyak betul hadiah tuu..syukur Alhamdulillah.  rezeki kan

Bila sampai balik bilik hotel jer dapat call dari Aslam kata dia kena keluar daerah dan tak sempat nak jumpa tapi dia dah tinggalkan sesuatu kat reception.  Balik pun dah jam dekat 11 malam nak keluar wat per kan.  Front office hantar bungkusan dan its perfume..wahhh terujanyaa


Sebenarnya kali ni memang banyak beli perfume sebab bila ATM jer ada warehouse sale so SSL dah beli sorang satu Polo Black - Ayong, Cool Water - Angah, Kak Yang, Kak Chik, Miya dan dhubby.

Time to sleep dengan merehatkan badan yang keletihan

Salam dari Dubai!

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB