Saigon Bhg 4 : Nak balikk

9:31 AM

Hari ke 4 : 28 Mar

Yeahhh nak balik dah.  Penat dok melayan orang kan. Malam tadi diaorang keluar shopping tapi cheq pulak gi jejalan dengan Erra kat club..ngeh ngehh

Tak ingat pulak nama bangunan ni..kalau tak silap Rex Hotel Rooftop Bar..memang menarik dan romantik kalau bawak husben atau boyfriend.  SSL the only perempuan Muslim kot sebab cuma SSL jer yg bertudung..bukan buat apa tapi nak tengok view dan relax

Sebenarnya banyak jugak rooftop untuk santai waktu malam kat negara Komunis ni tapi ada yang tutup awal so kalau sesiapa nak kesini, cuba google tengok ya



Meh kita bergambor yaa..untuk kenangan, mana la tau kita dapat pergi holiday bersama lagi hik hik






Yeah dah sampai airport! Sebenarnya tak la lega sangat sebab flight penuh tapi syukur Alhamdulillah semua settle, sementara tunggu tour leader dapat seat kita tunggu dan tengok orang okay..hehe




amboi Datin diapit 2 jejaka hensem tuu..hehe sukernyaaa.  Dan penerbangan kami menaiki MH751 dari Saigon menuju ke Kuala Lumpur jam 1100 pagi dan akan dijangka sampai jam 1355...

Flight mode...



Alhamdulillah, dah selamat sampai dan tengok semua muka tak sabor nk jejak kaki kat tanah Malaysia..mana tak nya banyak nau bershopping.

Tetiba grup ni call SSL sebab kena tahan dek Kastam sebab katanya depa ni membeli banyak sebab sekarang ni kain yang dibeli dari luar kena cukai hadoiiii..rupanya diaorang ni berjalan sama dengan grup yang ada excess baggage kat airport Saigon..jenuh la kami dok kata tak beli apa2 dan mmg SSL tak beli pun tapi yang kena tahan Cikgu Zaiton yang byk membeli untuk kaum kerabat maklumla anak beradik ramai...yang Cikgu Azizah rela buka beg dia yang penuh kain dah dipakai untuk cover hehe..ishh leceh betul la tapi syukur Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tersengih la Cikgu Zaiton dan husben sebab dah lepas kalau tak parah nak bayar cukai ahhh

Welcome back untuk rombongan cikgu cikgi naa

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB