Kerabu Timun Bersantan

11:35 PM

Sejak semalam dah lama teringin nak buat kerabu timun dan dok berlegar2 nak buat jelatah timun campur lobak ke timun dengan ikan kembung rebus ke timun dengan bawang ke..ntah la macam2 pulak dok terfikir nak buat kan.  Tapi sebab hari ni hari Sabtu, ke pasar beli santan fresh so the best ialah buat kerabu timun bersantan yang bila makan mmg berpinggan2 hehe.  Jom tengok cara mudah nak buat kerabu ni



Bahan-bahan:
7 batang cili kering, dibuang bij, direndam dalam air supaya lembut *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Segengam udang kering (SSL buat sendiri sbb yang beli tu baunya pelik)**
1 sudu lada hitam *
Garam secukup rasa

*ditumbuk hingga lumat
**ditumbuk dengan agak kasar

2 biji timun disagat/parut
1 labu bawang besar dimayang
1 cawan santan pekat

Cara-caranya:
  • Timun dibuang kulit dan disagat/parut dan diperah airnya.
  • Bahan yang ditumbuk tu dimasukkan dalam bekas, masukkan timun dan bawang besar - digaul rata dan akhir sekali masukkan santan, digaul hingga rata
  • Masukkan garam secukup rasa


 Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB