Makan Malam di Toowoomba Deli & Meats #latepost

6:56 PM

On our anniversary ke 23 yg jatuh pada 01 Nov 2015 SSL dah buat planning utk western dinner dengan Leyrafamily so bermula la sesi mencari lokasi dalam diam..ahaksss

Pepagi pulak Abg Yong bersiap nak bawak Aca, Kakchik dan siapa lag kalau bukan gf dia adik beradik ke FoodGasmFest 2015 kat Dataran Petaling Jaya. Mmg la pesta2 mcm ni SSL x akan pergi kecuali D'hubby ajak...ishh sesak barat dengan orang ishhh baik dok rumah layan game hehe.  Yg pasti Dearies couple dan her mom aka my sister Kak Lang and family harus ke sana jugak..;)





No comment pasai kat food truck tu sbb SSL x pergi kan.

Kat rumah SSL dengan Kak Yang sibuk dok misi goggle tempat western food yang sedap dan harga berpatutan..search dari  House of Lamb (kedai parents kawan Kak Yang kat Melawati), Me'nate (serius sebab $$ dia katanyaaa...(hearsay gitu so hasrat ke sana tu letak tepi la ya), Ayers Rock Butcher and Grill (erkk masalah parking yg kronik sbb sebelah dengan Wangsa Walk Mall) jugak Wangsa Grill (tu Kak Yang yg review comment so dia kata agak costly dan biasa2 aje) hurmmm

Konon nak buat Anniversary dinner tp kalau dah beranak pinak ni tak kan la tak bawak anak2 kan..we are family! hehe lagipun the more the merrier.

Dah siap call buat reservation untuk jam 8 malam sbb takut nanti penuh dh nk kena beratur bagai.  Tup tup waktu lepas Maghrib tu hujan pulak...tp by the time semua dah bersiap hujan pun reda...Alhamdulillah 

Konon2 nak buat tema putih jer la tapi ada pulak yg tak de baju putih dan nak pakai baju hitam...so hentam jer la...putih dan hitam gitu





Haa...ni yang kami order ikut sorang persorangan punya citarasa..

  • Darling ambil lamb chop dan air sprite
  • SSL ambik  Sirlion steak medium with mushroom sause
  • Kak Yang ambik Sirlion steak medium with black pepper sauce
  • Aca dengan spagetti chicken bolognese dengan air chocolate shake
  • Bg Yong dengan grilled salmon dia spt biasa bila makan western food nii
  • Kak Miya dengan chicken chop
  • Bg Ngah dengan chicken chop
  • Kak Chik dengan Sirlion steak medium rare dengan mushroom sauce

Ikut menu depa ada rare, medium rare, medium, well done.  So pilihlah ikut kita nak cara masakan macam mana kan

Moh kita review :
  • Mushroom sauce dia mmg sedap dan menepati selera la gitu
  • Black pepper sauce dia pun sedap 
  • Mashpotato dia mmg sedap, lembut dan disiram dengan sos yang enak baq ang..hehe
  • Aca yg SSL kira dah kenyang sbb pun melicinkan sepinggan spagetti tu...SSL sempat rasa dan mmg not bad dan boleh bagi 7.5 over 10 sbb ikut tekak sendiri nak yg lebih berblack pepper kann
Overall, everyone happy dengan food dia dan kata Bg Yong dia dh makan few times kat sini dah uhhh



Grilled chicken chop buat Miya

Lamb chop buat Ayah dengan sos black pepper

Breaded Chicken chop buat Abg Ngah 
Steak buat Ummi, Kak Yang dan Kak Chik dengan sos cendawan yang lazat...
Spaggeti chicken bolognese buat Aca...tengok mmg tak menarik tp rasa dia mmg buat Aca tak tinggal walau seurat pun spaggeti tu..hehehe


Grill salmon buat Abg Yong yg health consious sbb aktif kat gym

Kalau nak try western food yang berpatutan harganya dan enak cuba try ni ok

    Alamat : Setapak G3A, PV 128 Platinum Mondrian, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, Malaysia






You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB