Masak Lemak Nenas ikan masin 011215

11:51 PM




Bahan-bahan:
Ikan Talang kering atau ikan masin kurau lagi sedap
1/2 biji nenas - dipotong nipis
1 batang serai - diketuk
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 keping asam gelugur 
Garam

Bahan untuk dikisar
10 biji cili api 
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Cara-cara membuatnya:

  • Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk bersama 1/2 cawan air, serai yg diketuk/dititik, kacau dan biar kering air tapi jgn sampai hangit
  • Masukkan nenas dan secawan air, perlahan kan api dan kacau
  • Bila nenas dah agak lembut, masukkan santan dan kacau kerap dan masukkan asam keping
  • Masukkan ikan kering dan biar kuah menggelegak tapi jangan sampai pecah minyak
  • Tutup api dan boleh lah dihidangkan
Selamat mencuba!



You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB