Peria Katak Celup Tepung ala Mamak

5:13 PM

Kali ni nak share resepi peria katak celup tepung masakan mamak dan SSL pun makan peria celup tepung ni pun kat kedai mamak lama dulu... tak tahu nak buat tp masih terasa keenakkannya hehe. Tetiba bulan lepas ada wedding anak office maten D'hubby ada peria celup tepung ni...hilang rindu nak jamah peria ni..siap ambil extra pingga taruk peria ni hehe tp si applepie Icha la yg ambikkan..kalau tak ishh ishh malu dehh..haha

Semalam waktu ke Pasar Datuk Keramat SSL dh siap beli 4 biji peria...hamboiii 4 biji tu tau mcm ler ramai yg nak makan kan..tp peria celup tepung ni boleh jadi mcm keropok dan mmg layan kunyah mcm makan keropok lekor gituu..Ala nak kata tak pahit..mmg la pahit dah nama peria kan.  Lagipun peria ni elok juga sebagai ulam makan dgn sambal belacan atau cicah budu tak pun buat peria berlada...perghhh mmg hilang rasa pahit tu haha

dah goreng, rangup dan zassss sedap dimakan begitu saja..bahahaha
Peria tu dibasuh dan dibelah buang biji dan isikandung dia tp ada jugak org yg buang biji yg tua jer. Kemudian dihiris serong atau ikut suka kita kemudian rendam dengan air garam dalam 1/2 jam atau sejam.  Ni nak bagi kurang pahit tp ada juga yg campur garam dan gula utk kurangkan rasa pahit tu. Dah cukup masa buang air rendaman dan toskan.

Untuk bahan celupan tu SSL guna 2 sudu besar tepung beras, 2 sudu besar tepung jagung, 1 sudu serbuk kari ikan, 1 sudu serbuk cili (kalau nk pedas la kalau tak tak perlu), Gaulkan dan letak garam sesedap rasa. Kemudian ambil buah peria tu dan masukkan ke dalam campuran tu dan gaul biar rata. SSL tak tambah air sbb peria tu masih lembab dan mmg tersalut cantik jer.  Dah tu apa lagi goreng la dan SSL campur dalam tepung tu daun kari yg mmg semerbak dan penambah selera bila dimakan.

Apa tunggu lagi..cuba la yaa


You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB