Resepi : Cauliflower soup aka sup Kobis Bunga yang lazat (̲̅❤̲̅)

3:34 PM


Hari ni nak share sup favorite yang dah bertahun2 diminati gituuu..bermula lebih kurang lebih kurang 20 tahun sudah makan kat kedai nama Backhofen kepunyaan Amy terletak kat Ampang Point waktu kerja dengan STAR LRT...kat situ ada Delifrance yg cukup popular dan kedai Amy ni tempat boss bawak SSL minum kopi lepas. Those were the years! rindu time ni...time muda dan jalan tak la sesesak skrg dan yg pasti boss bangsa German tu is the best ever! macam bapak sendiri dan panggil SSL dengan panggilan binti hehe sbb explain kat Erwin yang binti tu bermaksud anak perempuan so kiranya SSL ni anak perempuan dia la..org lain x boleh panggil camgitu ;) Eh...nak cite pasal resepi dah terlajak sudah..haha.  Nanti kita sambung naaa

Cite pasal sup cauliflower yang sedap ni meh cuba resepi buatan sendiri ni sbb Amy cakap kalau nk makan pi kedai dia tp dia pun dh lama pindah ke Berlin nak cari kat mana lagi kan ;(

Bahan
2 sudu minyak zaitun, 3 sudu mentega, 3 batang leek dipotong dalam 1 inci, 1 ketul bunga kobis, dipotong kecil2, 2 biji kentang, dibasuh dan di potong ikut suka, 3 ulas bawang putih yang dipotong kecil, garam dan lada hitam.  Sebaiknya lada hitam biji yan ditumbuk halus, 2 cawan fresh milk, daun parsli pastikan English parsli ya baru sedap.




Cara-caranya :
Rebus bunga kobis, leek dan celery, juga kentang dalam periuk berisi air sampai lembut.  Sejukkan dan kemudian kisar.  SSL suka letak parsli dan dikisar sama jadi warna sup tu nanti tak putih tapi sikit kehijauan gitu.

Panaskan periuk dengan api sederhana, masukkan minyak zaitun dan mentega, masukkan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan bahan yang telah dikisar dan renih sambil kacau bila perlu supaya tak meletak kat dalam periuk, masukkan lada hitam dan teruskan merenih sup tersebut.  Kalau nak Melayukan sup ni boleh bubuh buah pala supaya dia pekat.  Masukkan susu cair dan kacau. Tambah garam secukup rasa naa.   Sesetengah orang bubuh cream tapi SSL buat masakan ikut apa yang ada jer..janji sedap. Tutup api dan biar sejuk sikit.

Waktu nk hidang..buat ler mcm SSL tu letak English parsley dan layan keenakannya tuu..

Selamat mencuba (̲̅❤̲̅)(̲̅❤̲̅)(̲̅❤̲̅)(̲̅❤̲̅)(̲̅❤̲̅)




You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB