Masak Cuka Ikan Mayong

10:53 AM

Ni favorite D'hubby kalau kat kg arwah mak dia akan masak guna ikan tongkol tapi depa panggil masak jeruk ikan tongkol gitu...

Lagi lama kita simpan barang 2 hari ka lagi sedap sebab cuka tu dah masuk dan ikan tongkol pulak lemak2 mmg sedap.

Ikan mayong atau ikan pelotan ehh entah la betui ke dak eja ikut org Kedah, kata mak dan kata D'hubby ni sedap dan bersih berbanding ikan duri walau dari spesis yang sama tp SSL tengok sama jer rupa dia..katanya ada beza..hurm nnt nak kena belajar jugak ni sbb kalau silap beli naiyaa kan.


Bahan2nya:
Ikan mayong/ikan pelotan/ikan tongkol digoreng, kalau garing lagi sedap)
3 batang serai, 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 inci halia (dihiris)
sedikit garam, gula dan serbuk kunyit dan cuka (1 1/2 cawan)

Untuk hiasan:
1 biji bawang besar (dimayang), 2 biji cili merah, 6 biji cili api (dibelah 2)







  • Ikan mayong, dibasuh dengan air campur tepung gandum utk bagi hilang lendir2 pastu basuh dgn limau kasturi, ditoskan, dikelar2 supaya bila goreng nanti tak meletup2 dalam kuali hehe, gaulkan garam kunyit dan goreng. Dah habis goreng letak dalam pinggan.
  • Masukkan minyak untuk menumis, jangan letak banyak ya kiranya agak2 la. Bila minyak dah panas, masukkan serai yg dihiris tu sampai kuning dan naik bau wangi, masukkan halia pun bagi dia kekuningan pastu masukkan bawang merah, bawang putih yg dihiris agak kasar tu pun bagi sampai naik bau.  Masukkan halba dan masukkan cuka serta air masak atau air suam pun ok.  Biarkan kuah tu mendidih dan masukkan ikan yang dah digoreng tu dan rendih dalam 10min, masukkan bawang besar yang dah dimayang, cili api yang dibelah dua, cili masak yg dibelah dua dan tutup api.  Cuka ni kalau siapa tak tahan nnt boleh pedih perut, jd utk naturalize dia masukkan sedikit gula dan garam jangan la lupa pulak kalau tak nnt tawaq hebiaq pulak hehe.

Apa lagi hidang la atau senduk nasi makan waktu panas2 tp bukan waktu tengah mengelegak tu nanti tak pasal2 melecur lidah tu.

Selamat mencuba..

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB