Kerabu Pegaga berlemak campur udang

3:13 PM

Haa ni resepi my d'hubby yang awesome dan favourite semua kitaorang. Hanya d'hubby yg hebat dan pandai buat ni.  Dia buat begitu halus dan seni sekali dan yg pasti rasa tu mmg umphhh la tak pernah berubah sbb dia buat betul2 sukatan tak mcm SSL yg main hentam jer kan..hahaha


Cer tengok betapa halusnya D'hubby hiris daun pegaga, dahla dia nak pegaga yg jenis kerinting sebab jenis lain tak sedap.  
Bila dah dihiris, direndam dengan air bercampur garam



Bahan-bahan untuk dikisar:
  • Daun pegaga dibersihkan dan dihiris halus
  • 10 biji cili kering dibuang biji dan dibasuh kemudian direbus 
  • 3 ulas bawang merah
  • 2ulas bawang putih
  • belacan sebesar ibu jari
  • asam jawa sedikit
  • kelapa parut bahagian putih
Untuk direbus:
  • Udang dibuang kulit dan bahagian hitam kat belakang tu dan direbus. Toskan dan air rebusan udang dimasukkan dalam bahan yang hendak dikisar.

Cara membuatnya:
Semua yang dikisar kemudian dimasukkan ke dalam bekas dan masukkan udang yang direbus dan gaul.  Tambah garam dan sedikit gula jika perlu ikut cita rasa sendiri ya

nyum nyummm...sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas

Selamat mencuba

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB