Menarik kisah ni kan..tak pulak SSL tau yang kat Burj Khalifah ni ada 3 waktu berbuka puasa yang berbeza..unik sungguh bila 1 bangunan ada waktu yang berbeza...




Oleh : Aimi Nordin. Sumber : Properti.kompas.com
Waktu berbuka puasa berbeza-beza normal bagi kawasan yang berlainan seperti di Putrajaya lain dan di Kuala Lumpur lain.
Namun, pernahkah anda mendengar adanya waktu berbuka yang berbeza dalam satu bangunan dan tempat yang sama? Itulah yang berlaku di dalam bangungan  tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai. Burj Khalifa mempunyai tiga waktu berbuka yang berbeza.
Perkara ini dialami oleh pelancong dan pekerja yang bekerja di dalam bangunan yang mempunyai ketinggian 829.8 meter itu. Pihak berkuasa Islam Dubai telah mengambil tindakan berikutan apabila orang di tingkat bawah sudah tidak melihat matahari tetapi orang di tingkat atas masih melihat matahari.
“Oleh itu, mereka yang tinggal di tingkat atas belum boleh berbuka puasa seperti yang lain-lain di bandar kerana terdapat perbezaan masa selama dua minit,” kata Mufti Dubai Ahmed Abdul Aziz al-Haddad.
Seorang ulamak terkenal Mohammed Al-Qubaisi telah mengeluarkan waktu baru di mana berada di atas tingkat 80 perlu berpuasa lebih dua minit manakala mereka di tingkat 150 dan ke atas perlu menunggu selama tiga minit sebelum boleh berbuka.