Aikk awat keluar balik cite ni.  Hari tu dh keluar dalam newspaper pasal kes kena tipu ni.  Tapi yang pelik tu ni bukan satu2nya kes pelanggan kena tipu dan terpedaya dengan keMURAHAN pakej percutian yang tak masuk akal.  Senang sungguh kena tipu.  Penat kami agen pelancongan berlesen ni buat promosi, kena bayar lesen pelancongan, MATTA, lesen syarikat, lesen kewangan dan macam2 lesen la untuk beroperasi tp yang dapat untung orang perseorangan yang bijak menipu menjual pakej secara haram ni

Bila dah kena tipu macam ni, keluar air mata darah pun bukan pasti dapat balik duit yang dah dibayar pada penipu pelancongan ni kannn

Panduan ringkas untuk mengelakkan dari penipuan antaranya adalah
  • Pilih sykt pelancongan yang berlesen, selidik rekod reputasi dan kenal pasti pegawai yg memberi sebutharga pada kita dan ketahui pejabat syarikat pelancongan tersebut
  • Teliti pakej percutian yang ditawarkan dan fahami apa yang termasuk dan tidak termasuk didalam pakej percutian tersebut serta penginapan yang ditawarkan dsb
  • Kalau anda ada budget yang terhad dan yg anda mampu, berterus terang dengan pegawai pelancongan supaya dia boleh rancangkan mengikut kesesuaian dan $$ anda
  • Periksa tiket perjalanan spt tiket penerbangan atau bas termasuk tarikh, destinasi dan masa sekiranya ada dalam tawaran
  • Pastikan anda membeli insuran perjalanan terutama bila ke luar negara. Insuran ini akan berguna sekiranya anda kehilangan bagasi, tertinggal pesawat atau sakit semasa berada diluar negara
  • Sebaiknya tukar matawang asing sebelum ke luarnegara
Tu serba sedikit panduan semoga anda tidak kena tipu atau susah2 contact jer SSL yang memang tukang susun atur perjalanan ke luar dan dalam negara,  Insha Allah SSL akan aturkan supaya anda pasti happy gituuu