Resepi : Kari Ikan Jenahak mamak style

5:03 AM

Dah lama kot nak cuba buat gulai ikan mamak style tp dok hold on..hold on jer sbb tak de yogurt la..cehh alasan kan.  Lagipun d'hubby skrg ni bukan kaki makan gulai dah..too heavy katanya.  So last weekend buat la kari ikan jenahak mamak style


Bahan-bahan:
ikan jenahak
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan Mak Siti
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa


Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering


Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. SSL suka guna kuali sebab senang. Buka api sederhana ya. Kemudian tumis jintan manis hingga naik bau harum, kemudian halba dan tumis lagi. Halba ditumis kemudian sebab halba cepat hangus. Masa tumis sentiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit. Masukkan bawang hiris dan daun kari, kacau dan tunggu sampai bawang naik bau dan garing.  Kemudian masukkan bahan kisar, masak hingga garing.  Jangan lupa kacau hingga pecah minyak
Setelah pecah minyak masukkan cili kering yang dikisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili. Pastikan cili dah betul-betul masak barulah masukkan rempah kari ikan. Kacau dan kacau jangan sampai hangit dan melekat kat kuali. Masukkan air  bila rasa terlalu kering dan untuk pastikan rempah dimasak dengan betul. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa.  Pastikan air asam lebih untuk masak ikan selain untuk hilangkan bau ikan, kari ikan memang harus masam sikit.  Kalau suka boleh letak yogurt bagi masam extra, kalau suka ler yaa

Renihkan dalam 10min bila dah mengelegak, masukkan ikan dan biarkan merenih sambil terbalikkan ikan untuk pastikan ikan dimasak dengan betul dan kuah menjadi pekat.  Masukkan bendi atau tomato dan tutup api.  Masukkan sedikit garam sesedap rasa kita la ya.

Dah makan kari ikan ni harus ada papadom dan bila tengok kat peti ais ada zuchini, terus SSL potong bulat2, bawang holland dimayang, campurkan yogurt dan perah lemon so jadilah salad untuk sparing dengan kari ikan mamak style.

Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB