Ayam Masak Bali

2:49 AM



Resepi mudah ni yang dok viral kat FB tapi tak ingat siapa dan x kenal siapa heee.

Cara memasak ni sama mcm masakan mak cuma yang berbeza cuma mak tak masukkan daun kari dan nama resepi tu xde la yg glamer cam nama Ayam Masak Bali..jom kita cuba masak yuk


Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam - dipotong ikut kesukaan, digoreng 
6 batang serai dititik
4 tangkai daun kari ceraikan dari tangkai
1 sudu besar kicap lemak manis
gula melaka (saya guna guna kabung sebab rasa lebih sedap
10 - 15 tangkai cili kering - dikisar 
5 biji bawang besar *
8 ulas bawang putih *
1 inci halia *
- sebesar ibu jari belacan * kisar bersama bahan bertanda*
- minyak masak utk menggoreng.

Caranya :-
1. Ayam digaul dengan garam kunyit dan digoreng tapi jangan garing. Ketepikan.
2. Guna minyak goreng ayam tadi, kurangkan sedikit, sesuai utk menumis.
3. Goreng serai hingga kekuningan dan masukkan daun kari dan goreng hingga agak garing dan naik bau wangi..
4. Masukkan bahan kisar dan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian gula gerek, digaul kemudian masukkan masukan kicap dan gaul lagi
6. Apabila sambal dah sebati masukan ayam goreng tadi dan digaul hingga supaya sambal meliputi ayam.
7. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB