2016 Usia Mak Menganjak 80 Tahun Dan Masih Sihat | Hari ni mak menganjak ke usia 80 tahun walau mungkin tarikh dan tahun ni bukan tarikh sebenar. Memang zaman dulu samada tarikh lahir dipalsukan atau main letak sebab surat kelahiran terkadang tu hilang  atau main hentam kromo jer sebab masa zaman Jepun berlari ke sana sini, surat beranak pun tercicir la atau ada yang tak sempat buat pengesahan kat balai polis pun.  Tapi untuk kes mak memang dia ada surat beranak tapi tercicir entah kemana sobss

Mak sangat setia menjaga abah yang kerap pelupa tapi tak la teruk sangat tapi lately abah ni sangat emo dan merapu dan juga sering salahkan mak dan kadangkala tu mintak mak hulur tangan untuk angkat dia sebab abah dah kurang tenaga untuk bangun bila dah duduk tapi mak mana ada kederat sebab mak sendiri pun tulang belakang dia senget. Lagi la abah bertambah emo dan marah..Allahuakbar.  Kesian mak



Semoga mak diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat.

Mak ini seorang yang mementingkan keluarga dan dari dulu hingga kini, kami yang dah berkeluarga ni pun kalau boleh dia nak kami ikut dia kemana dia pergi, balik kampung atau  menziarah sanak saudara. Dulu mak garang, silap buat salah memang nak kena la dan kalau tak dapat hari ni esok dia kumpul tak perlu buku 555 tu hehe.  Mak ni bukan orang yang tak suka orang lain marah anak dia dan kalau dia marah pastu ada tetamu..otomatik dia berubah sbb tak nak tunjuk kat tetamu tapi kami memang maklum sangat, kalau buat salah lepas tu memang tak boleh lepas la kena rotan lidi tak pun rotan biasa tu.


Mak dan Abah Asuh Anak-Anak Sejak DiLahirkan
Ya memang bersyukur sangat sebab ada mak sewaktu melahirkan anak pertama hingga yang bongsu.  Mak menjaga saya sejak dari dalam pantang dan anak-anak pulak mak dan abah jaga hingga mereka semua bersekolah di SRK Taman Seri Rampai dan bila memasuki SMK mereka balik terus ke rumah.  Jenuh juga nak bagi mak benarkan waktu Ayong dan Angah kemudian Kak Yang masuk tingkatan 1 dulu.  Tapi sampai bila nak harapkan mak menjaga, kesian mereka tapi mak..akhirnya mak akur juga la.



Mak dan Keluarga Mak
Mak dilahirkan dengan nama Ramlah (Hajah Ramlah) tapi dipanggil Chik mungkin sebab dia kecik tapi ikut size mak dengan arwah Mak Teh, mak kategori besar la jugak.  Dalam family mak dia dipanggil Mak Tam..Mak Tam Chik dan sehingga hari ni hanya mak dengan adik perempuan dia je yang masih hidup iaitu Mak Cik Limah dan adik ipar dia Cu Che Nah.

Mak ada adik beradik yang agak ramai antaranya Wa Karim, Pak Ngah Daud, Mak Lang, Mak, Pak Uda Abdul Rasit, Makcik Halimah, Paksu Ishak.  Teringat zaman kanak2 dulu masa arwah Tok Mak ada, kami mmg rajin balik kg jadi dapat la berjumpa kaum kerabat, mak2 sedara dan sepupu.  Rasa rindu kat zaman tu bila dulu2 nak pergi tengok TV kena pergi kat rumah Pak Uda Rasit yang dalam 5min kot nak berjalan atas jalanraya yang diterangi lampu jalan dan sunyi...sambil jalan tu cuba la nak dok dalam line tengah tak mau kat belakang waktu habis tengok tv sebab takuttt haha.  Pastu nak mandi pulak kena turun tangga sebab bilik air kat bawah sama la jugak dengan tandas letaknya kat belakang rumah lagi ngeri kan...Kat kg Tok dulu mmg 'keras' sebab ya la dulu2 kan hutan, kiranya Tok Ayah ni antara peneroka la yang mula meneroka kat kg tu.  Tok Ayah kami ni berasal dari Songkla dan Tok Mak pulak berasal dari Batu Bara, Jawa dan Abah kami pulak keturunan Cina pun ada, mamak pun ada so kami dah jadi caca merba..serba confuse hahaha.

Sewaktu kecil dulu hingga sebelum berkahwin, tiap-tiap tahun kami akan balik kampung ke kampung mak di Simpang Tiga, Kuala Kurau, Perak yang memang sinonim dengan orang Banjar tapi Tok kami bukan Banjar..selalu org dok ingat kami keturunan Banjar walhal kami keturunan Jawa dan Siam. Kalau balik kampung pasti singgah ke Penang rumah sepupu mak dan singgah juga ke kampung abah di Kg Jana Sambungan, Kamunting tapi selalunya singgah di rumah kakak sulung (anak abah).

ehh ni sebenarnya ceritera birthday mak bukan asal usul, adik beradik hehe...tak pe kita selit sikit dan nanti kita cerita lagi ya

Live, Luve, Life