Ikan Siakap Kukus Tomyam ala kedai

11:58 PM



Dah beberapa hari dah kot cik applepie nak makan ikan masak kukus, so tadi kat Pasar Keramat tadi terus cari ikan siakap dan ni la hasilnya buat seisi keluarga.  Tersenyum lebar ler cik applepie kita tu

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap, disiang, dibasuh dengan limau kasturi
1 batang serai - diketuk
4 ulas bwang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
2 inci halia - dihiris
2 biji limau nipis - ambil jusnya
2-3 biji cili padi - diketuk (untuk lebih rasa pedas)
2 biji tomato dibelah 5
Bunga kobis (cauliflower) dipotong kecil - kalau suka
Sedikit sos ikan atau sos tiram
sedikit air
2 ikat daun ketumbar
Daun bawang dan daun sup - sebagai hiasan

Cara-caranya:

  • Lumurkan ikan dengan sos tiram dan masukkan kedalam loyang
  • Bancuhkan pes tomyam dalam 1 cawan air.
  • Masukkan bancuhan pes tomyam, halia, bawang putih, bawang merah, ketukkan serai, daun ketumbar serta garam kedalam loyang berisi ikan. Kukus selama 15 -20 minit
  • Buka penutup kukusan, terbalikkan ikan, masukkan tomato, bunga kobis, cili padi dan tutup kukusan dan dikukus lagi 5 minit.
  • Akhir sekali, masukkan jus limau dan kacau perlahan.  Kukus lagi selama 2 -3 minit
  • Tutup api dan masukkan daun bawang sup dan bawang 
Info:
SSL ni bukan la rajin benor, jadi kekadang tu memasak ikan kukus ni guna pengukus, kekadang guna periuk serba guna yang adik ipar beli kat HIG Langkawi tu.











You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB