Destinasi Percutian...Sekinchan Padi Box yang berwarna-warni

10:11 PM

Sesambil melayan novel tu sempat gak sesekali tengok sicantik manis Neelofa dalam MELETOP yang sentiasa cantik sungguh sparring dengan Nabil, sesambil tengok lawak Jihan 'crush' dgn Syuk adoiiii, ada Maher Zain dan agak teruja dengan homestay kat Sekincan ni..Padi Box...sungguh warna warni kat kawasan bendang pulak tu...auwww terasa nak pi bercuti jer

Jom layan gambar2 homestay yg diperbuat dari kontena ni mmg sangat menarik, bikin tertarik dan mmg da bomm hahaha..

Khabarnya Sekinchan Padi Box telah dibuka pada Disembar tahun lepas ni menampilkan 8 buah kontena yang dibuat bilik penginapan ala hipster.

Banyak aktiviti boleh dibuat kat sini selain BBQ, berbasikal, memancing ikan di sawah dan berjalan2 menikmati pemandangan indah!

Pasal harga pulak..berharga RM108 untuk dua orang..wow terbaik harganya!

Homestay ni terletak di Lot 11126, Jalan Tali Air 4, Sekinchan, Selangor atau untuk tempahan hubungi 019 325688 atau layari facebook Sekinchan Padi Box

Jom layan tengok photos yg di copy paste dari cik google la..











You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB