Dan malam ni berakhirnya target Malaysia untuk mendapat pingat emas. Dato Lee Chong Wei yang menjadi harapan ulung Malaysia untuk menang sebagai Juara badminton Olimpik ni terpaksa akur dengan kekalahan 21-18, 21-18 kepada Chen Long. Memang badi sungguh aihhh Negara China ni dengan Malaysia bila tiba bab badminton.  Dah la semalam ahli rumahtangga SSL kecut perut..seram sejuk tengok LCW dengan Lin Dan tp kali ini SSL rasa relax sbb CL ni bukan la musuh tradisi LCW. LCW pulak berkali2 minta maaf kat rakyat Malaysia sebab kegagalan beliau ︶︹︺  Tak per Dato, you have tried your level best and you are the best.

SSL dapat ni kat dlm grup WA family hubster yg mcm best and sentimental. Tak tahu siapa yang menulis tp mmg best..

Kehadapan Dato Lee Chong Wei,

Saya taip ni masa set pertama, masa Cheng Long mengikat kedudukan mata dan ketika inilah saya boleh nampak kepenatan awak.

Saya masih menaip sambil melihat secara langsung perlawanan awak. Bila Cheng Long menang set1, saya dah tahu jutaan rakyat Malaysia bakal kecewa sebentar lagi. Inilah pertama kali Cheng Long berjaya mengatasi awak di set1 sepanjang pertemuan awak dan dia.

Dato,

Kepenatan awak itu tak mungkin akan sanggup anak muda lain ikuti, awak korbankan zaman muda awak dengan latihan keras bersama Misbun, awak abaikan zaman muda penuh gila gila untuk meraih gelaran terbaik dunia satu hari nanti.

Perjalanan menuju emas olimpik awak sebanyak 2x dihalang oleh Super Dan pada 2008, 2012. Tahun ini diusia 34tahun awak berjaya sekat Lin Dan pada separuh akhir. Dahaga emas olimpik pertama awak bersama rakyat Malaysia kini diambang kejayaan bila pentas akhir awak bertemu dengan Cheng Long. Seorang yang gentar akan awak. Rekod pertemuan juga menyebelahi awak.

Tapi, tiada seorang perasan kepenatan awak mengerah tulang 4 kerat itu ketika menentang Lin Dan. Sama juga dengan Lin Dan, kekurangan tenaga apabila menentang Victor. Rakyat Malaysia ketawa melihat Lin Dan kalah, tiada siapa sangka awak juga bakal diketawakan oleh China sebentar lagi.

Rakyat Malaysia yang dahagakan emas mula sedar kepenatan awak selama 17tahun di pentas dunia.

Dato,

Awak masih no1. Awak masih dijulang. Nama awak akan diingati selama 100tahun. Awak akan kekal terpahat sebagai pahlawan terbaik Malaysia. Awaklah lagenda terbaik sukan Malaysia.

Hanya orang bodoh sahaja yang memaki hamun sekarang, percayalah hamua manusia bodoh sahaja yang mengeji awak ketika ini.


Akhir kata, terima kasih untuk pentas akhir Olimpik 2008, 2012 & 2016. Awak tak pernah mengecewakan kami.




Sepanjang masuk Olimpik dah 3 kali DLCW menang pingat Perak termasuk yang malam ni dan rasanya yang terakhir.  Dah kira kategori tua dah DLCW dan Lin Dan sendiri pun dah umum Olimpik Rio ni adalah yang terakhir.

Gandingan beregu lelaki Goh V Shem dan Tan Weng Kiong pun dapat pingat Perak dikalahkan beregu dari China semalam dan beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dikalahkan dengan pasangan dari Indonesia, Ahmad Tontowi dan Liliyana Natsir.

Yang pasti, depa ni semua dah buat yang terbaik dan tu je rezeki yang dah tertulis untuk depa.  

so let cheer up and be happy.  Kalah atau menang memang adat dalam pertandingan.

Diharap BAM pun teruskan usaha tampilkan lebih ramai pemain baru yang berkualiti seperti mereka ni semua.