Meninjau ke Bukit Jugra

10:54 PM

Memandangkan hari masih awal waktu menjemput Kak Yang, jadi kami terus rasa nak tinjau ke balai cerap di Bukit Jugr.Jalan ke Bukit Jugra ni tak la besar mana dan pastu dikiri bukit ni dah jadi jirat cina..hehe dan akhirnya kami sampai jugak kat atas ni..

apa ada kat Bukit Jugra ni? kat sini la antara tempat untuk melihat anak bulan Ramadan dan bulan Syawal dan kat sini juga tau.

Bukit Jugra ni terletak tak jauh dari KMS dan kalau nak ke Bukit Jugra boleh jugak singgah ke Pantai Kelanang kot2 nak beli ikan ke tu kalau berminat kalau tak boleh terus je naik ke Bukit Jugra ni.  Kat atas bukit ni ada rumah api setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia memandangkan ia berhampiran laut, mengadap Selat Melaka yang kalau kita tengok dari atas ni banyak kapa2 laut berlabuh.  Ikut sejarah kat sini ada perkampungan kecil Melayu bernama Tanjung Kera sebab tu kat sini banyak kera tapi tak sempat nak snap gambar sebab cepat betul dia lari

Tujuan asal nak jengah la balai cerap ni tapi bila dah sampai rupanya kat sini ada orang main paragliding..seronok tengok diaorang ni melayang diudara sambil menikmati keindahan alam sambil mengadap Selat Melaka...best sangat tapi erkk ngeri kan tapi bagi dhubby dia yang teruja maklumla dah lama dia tak skydiving..haishh dah injured mana boleh skydiving bagai dahh okay

Nak tahu lebih lanjut pasal Bukit Jugra klik SINI


 mercu tanda yang boleh ditengok dari jauh pun..tapi kat sini kami boleh sentuh daaa

 ni la rumah api tu


 hahaha..gambar aksi spontan ibu dan anak bukan untuk tontotan..hahaha

 ni antara vid yang sempat di share..ada few lagi tapi ishh kang berat pulak blog Umi ni
 
 



 oppss pemandangan ada jirat cina la pulak kann..ishhh jirat cina pun nak interframe kan..haha

 Pantai Kelanang yang sempat kami singgah tapi dah tengahhari kan jadi tak de la pulak ikan untuk dibeli jadi balik jer la

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB