Halalkah Gaji Kita Kalau Kita Sering Ambil Kesempatan Dan Buat Hal Peribadi | Pernah tak sesiapa bayangkan atau rasa sakit hati bila staff yang so called berpengalaman tetiba menghilangkan diri?  Dan membiarkan seorang junior bekerja malahan si junior dengan atas rasa tanggungjawab masuk ke pejabat di waktu malam untuk selesaikan tugas hingga tengah malam..dan si junior tu pulak seorang perempuan! (  


Dah la waktu siang tu tak masuk ofis.. Pelik bila seorang lelaki suka sentap..suka emo..dan paling SSL tak suka bila orang masuk ke pejabat lewat macam boss! kesian SSL rasa tapi apakan daya ibu pejabat tu di Pantai Timur dan SSL di ofis Barat 。◕‿◕。 dan kalau ikutkan SSL staff lelaki tu memang dah lama SSL bagi showcause letter dan terminate jer dan SSL rasa tanpa dia pun ofis boleh hidup dan pekerja macam tu memang tak sedar diuntung dan yang pasti gaji yang dia dapat tu memang tak halal..rasa2 la kan kalau lelaki macam tu apa korang patut panggil?   ︿<


Halalkah Gaji Kita Kalau Kita Sering Ambil Kesempatan Dan Buat Hal Peribadi


Yang buat SSL geram tu dah la selama ni tak membantu banyak pun dan dah tahu minggu ni grup dari ibupejabat ke Muscat dan Dubai dan bila grup VVIP ni mmg dah arif sangat nak tukar2 progam...nak tukar jadual penerbangan la..nak hummer la..nak private exclusive car la dan nak bilik yang class tertinggi ngeee geram betul..bukan SSL tak biasa dengan VIP ni bagai tapi bila dah kes last minute ni kita tak la boleh demand!


Halalkah Gaji Kita Kalau Kita Sering Ambil Kesempatan Dan Buat Hal Peribadi


Bercerita perihal staff ni, hari Khamis tu dia tak masuk ofis dan diberitakan berada di Cherating! Memang tak bertanggungjawab langsung dah la si junior disuruh tunggu dia bila nak buat apa-apa tanpa diajar pastu boleh pulak cakap si junior ni nak dapat nama bagai. Ya Allah lagi rasa menyirap SSL rasa dan rasa macam nak mencarut pun ada..nak menyumpah pun sama banyak dan hari Jumaat masuk ofis jam 10 lebih!


Tak mau la cerita panjang tapi dalam Islam kita harus lah punya sifat amanah, ikhlas serta bertanggungjawab jadi gaji kita akan jadi HALAL untuk kita makan juga untuk anak isteri/suami. Kalau kita buat yang terbaik untuk syarikat, InshaAllah ada ganjarannya. Seorang pekerja juga harus tahu membahagi masa yang 8 jam di pejabat tu dengan kerja-kerja berkenaan syarikat dan bukan melayan media social dan untuk peribadi.  Kalau gaji lambat, kita akan marah tapi pernah tak kita kira mutu pekerjaaan kita dan berapa jam telah kita guna untuk melayan media social, minum dan makan sampai melebihi masa yang sepatutnya? Tapi kalau syarikat tu sendiri memang suka menyusahkan, menipu sebaiknya kita cari la rezeki ditempat lain


Tepuk dada tanya lah diri kita tahap Amanah kita..amanah dengan syarikat, amanah dengan diri..wallahuallam


Sesekali #melepaskangeram kat jurnal sambil #muhasabahdiri.  Selamat berhujung minggu dan jangan lupa kita teruskan beramal setiap hari semoga dimurahkan rezeki..InshaAllah

Halalkah Gaji Kita Kalau Kita Sering Ambil Kesempatan Dan Buat Hal Peribadi


Ikhlas lah bila bekerja semoga kita diberkati dan diredhaiNya senantiasa..InsyaAllah