Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai Bersantan

10:00 PM

Dah serasa macam blog resepi masakan pulak dah! hehe tapi memang pun niat nak update resepi kot2 la nanti bila dah tak de nanti boleh la anak2 atau cucu2 atau cicit2..haaa kannn tengok resepi bila diaorang teringat kat SSL ni.

Sambal Tempoyak Ikan bilis dengan petai bersantan ni favourite kami adik beradik dan juga favourite si hero Ayong tu.  Buat lauk ni semalam pun atas permintaan dia sampai dia sanggup tolong kopek ikan bilis hehe.  Selalunya lauk2 yg SSL masak dia akan bandingkan dengan lauk yg Tok Mak dia masak..huhu ye la dah membesar dari lepas pantang hingga darjah 6 dengan Tok Mak dia..Apa2 pun Alhamdullilah diaorg ni dapat merasa masakan Tok Mak dan dijaga dengan penuh kasih sayang..eh melalut pulak SSL ni kan..

Jom check it out resepi mudah ni..



Bahan-bahan
Ikan bilis - digoreng
Daun kunyit - dihiris halus
Tempoyak
1 cawan santan
Petai - dibelah dua
1 cawan air

Bahan untuk dikisar
5 biji cili merah
2 biji cili hijau
7 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara membuatnya:
  • Tumis bahan2 yang dikisar hingga kekuningan
  • Masukkan tempoyak dengan secawan air, dikacau dan biarkan hingga menggelegak
  • Masukkan petai dan daun kunyit, dikacau
  • Masukkan santan, dikacau dengan api perlahan, biar kuah menjadi pekat
  • Akhir sekali, masukkan ikan bilis, dikacau biar kuah meliputi ikan bilis dan tutup api
Sediakan nasi panas dan makan ler..selamat mencuba





You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB