Tahniah buat atlet paralimpik Malaysia #KamiLuarBiasa

8:21 AM

Kita tak pernah kenali mereka kecuali bagi yang meminati sukan tanahair tapi mereka inilah yang berjaya menyumbangkan emas buat Malaysia..mereka memang luarbiasa #KamiLuarBiasa, maka berkumandanglah lagu Negaraku di Rio.  SSL cuma dapat tengok online kat hp je sebab balik bercuti di negeri jelapang padi dengan jadual makan-makan yang cukup padat tu sempat la tengok waktu dalam kereta tu...nasib baik jd mem besar kalau jadi navigator mmg sah la tunggu balik KL kan

Jom kita kenali atlet Paralimpik kita yang sememangnya dah reka rekod yang baik lagi terbaik cuma kita jer yang tak tau dan ambil tau ^_^

Pemenang Pingat Emas pertama buat Malaysia! Ridzuan Puzi untuk acara larian 100 m - T36 (celebral palsy) tapi gagal untuk sebarang pingat untuk acara Lompat Jauh T36. Seronok SSL dan anak2 borak2 dan tonton acara kemenangan diaorang ni sepanjang perjalanan ke rumah rakan dan saudara mara

Nak tau lebih lanjut pasal Ridzuan Puzi
Image result for ridzuan puzi
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dilahirkan di Padang Besar Perlis 27 Sept 1987
Penyumbang pingat emas ke 2 - Muhammad Ziyad Zolkefli untuk acara lontar peluru T20 dan telah mencipta rekod baru untuk acara tu dengan lontaran 16.84 dan memadam rekod 16.29m oleh Todd Hoggetts, Australia pada tahun 2012.  Ziyad Zolkefli mengalami masalah pembelajaran (intellectual impairment) semenjak di tadika.  Untuk mengenali lebih lanjut klik Ziyad Zolkefli
Paralimpik 2016: 8 fakta yang anda perlu tahu tentang Ziyad Zolkefli
Ziyad Zolkefli lahir 15 Mac 1990 pernah berniaga kue tiaw di Jalan Tunku Abdul Rahman

Penyumbang pingat emas ke 3 pada 11 September 2016 - klik Abdul Latif Romly #TerbangLatifTerbang untuk acara Lompat Jauh T20 (kurang upaya intelektual), dilahirkan pada 31 Mac 1997 dan kebanggaan oghang Kg Paya Kelubi, Perlis ni berjaya memecah 3 rekod dunia dengan lompatan 7.60m!

Paralimpik Rio 2016: 7 fakta yang anda perlu tahu tentang Latif Romly

Juga tahniah pada Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin #lajuIasahlaju pemegang rekod ke tiga dunia! walau gagal untuk sebarang pingat untuk acara 400m T20 tapi telah berusaha namun bukan rezeki dia. Namun dia tetap memperbaharui rekod Asia 58.96s ke 58.55s SSL tengok vid yang mana dia layak ke final..fuhh mmg laju dan superb larian dia. Bantahan dibuat Niewiedzial menjatuhkan diri untuk memenangi pingat gangsa tapi rayuan ditolak


Pingat gangsa dengan lompatan sejauh 4.91m dari Siti Noor Radiah Ismail dari Johor dimenangi beberapa jam yang lalu untuk acara lompat jauh T20.

Siti Noor Radiah, lahir 03 Nov 1993

Mungkinkah ada pingat lagi untuk Malaysia?

Seronok bila dapat tahu yang mereka yang memenangi emas ni pun akan mendapat imbuhan RM1juta, pencen seumur hidup RM5,000, kereta dari Naza dan mungkin banyak lagi sama seperti atlet Olimpik Rio 2016


You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB