Memang SSL ternanti-nanti pernikahan Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushruf Alif Othman dan Belly Daly, nama sebenarnya Nabila Ali Daly ni..suka tengok Bella Daly semakin comel sejak bertudung dan paling suka dengar bila dia bertutur, sungguh lembut walau sesekali ada telo yang agak asing. Masih ingat lagi waktu dia mula berlakon drama Qalesya bersama Elfira Loy tu, memang jahat betul perangai dia tu yang selalu dengki dengan Qalesya lakonan Elfira Loy. Memang agak pelik bunyi pertuturan Bella Daly ni tapi sedap didengari (*_*)

Both Nazim dan Bella ni tak banyak kontroversi dan sensasi..tak pulak dengar kan almaklum la SSL ni bukan baca sgt berita hiburan..jadi mana la nak tau kan..tapi seriously Bella ni memang sweet dan bertambah sweet dan sopan sejak bertudung ni..


Tahniah Nazim Othman Dan Bella Daly Bersatu Akhirnya

Tahniah kepada Nazim dan Bella, selamat melayari kehidupan bersama dan semoga berkekalan hingga ke Jannah!

Bella dan juga Nazim sebelum ini telah selamat diijabkbul pada 10 September lalu di Hotel Promanade, Sabah manakala resepsi bagi pihak pengantin perempuan telah pun berlangsung pada 11 September.

“Dia ‘hero’ saya kerana sangat bertoleransi. Pengorbanan dan kesetiaannya buat saya yakin dia jodoh saya. Bella gadis yang sangat istimewa, dia sahaja boleh faham dan tahan dengan saya”

“Lebih terharu apabila dia sentiasa ada di saat susah senang termasuk ketika saya terlantar di hospital,” - Nazim Othman