01.10.16 Rutin mingguan ke rumah Abah

10:47 PM

Cerita siang semalam kat resepsi anak kawan...sambungan dari kenduri la pulak ˇˇ 

Balik dari kenduri terus ke Wangsa Walk sbb nak dapatkan simcard utk applepie..halamak nak kena bawak photocopy ic la pulak...payah nauu so beli jer la no baru...settle dan balik rumah jer la.

Otw balik beli cucur udang sedap kat kedai Pak Uun..serius mmg sedap dan banyak udang..RM1 sekeping tapi mmg berbaloi baloi dan ni jugak untuk dibawa ke rumah mak.

Dalam kepala dok ingat dah nak buat nasi goreng kampung malam ni..dengan Kak Lang text kat grp tanya siapa datang...mesti ramai kot lagipun awal bulan kan. Kelam kabut la jugak nak siap nasi goreng sampai penuh satu kuali besar tp dah pakar..so apade hal..hahaha (sempat berlagak kan..hihi)

sedap weh...pedas tapi lagi pedas lagi banyak tambah nasi..hehe
Sampai rumah pusaka KHHHR, tengok cerah jer mesti dh ada yg sampai..alamak nasi baru nak naik ke tingkat 1 hehe..sampai depan pintu..cuma abah dan mak jer menunggu..Alhamdulillah girls dah tau tugasan..buat air teh...kaut nasi untuk Tok Mak dan Kak Yang suapkan nasi utk Tok Abah (no photo sbb no hijab).  Macam² la mak tanya siapa yg akan datang malam ni..itu dan ini dan cerita hal anak² yg tak hubungi..yg dah kahwin tp senyap sunyi..aduhhh.  Orang tua ni bukan apa...dia suka kalau anak-anak datang menjengah tak pun telefon diaorang selalu, tanya khabar, tanya dah makan ke belum, makan apa, buat apa dan walau kekadang tu soalan tu bunyi macam entah apa²..asyik soalan yang sama tp percaya la mereka ni akan jawab dan memang rasa suka bila anak ambil berat dan ambil kesah perihal mereka.

Sebagai anak kita pernah tak tanya diri kita..berapa kali dalam seminggu kita hubungi ibu bapa kita? Kalau betul kita ingat mereka, apa salahnya call mereka dan buat jadual sebagai rutin untuk hubungi mereka...sekarang ni bukan mahal pun untuk satu panggilan dan bukan lama pun untuk bertanya khabar...Wallahuallam..tepuk dada tanya la diri

Abah & Mak melayan mak cucur udang tu...banyak pulak tu Abah makan..hehe
Next, Uda sampai dengan Awa pastu Alif..haa amboii langsung tak call kata mak.  busy..busy kat Uda. Me? senyum dan muhasabah diri.

Uda mencukur janggut abah, kalau abah buat sendiri mmg la lambat

Lastly...Kak Ndak dan Eja..then Ekha..siap bawak ikan bilis mata biru (dah tak biru dah sbb dh kering haha) dan buah ramunggai yang dh siap dipotong²...ni nak kena masak kari la kan

Since dah tak de siapa dah..pastu pulak keletihan dengan urusan siang...orang datang awal balik awal la kan..


You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB