Gegar Vaganza VS Piala Malaysia

10:59 PM

Assalammualaikum wbt

Dasyat pulak rasa tajuk post malam ni...sebenarnya post ni sebab Umi penyokong Lang Merah sebab dhubby orang Kedah so kena la sokong Hijau Kuning walau Merah Kuning tu sepelaung jer kot haha.  Bila menonton bola ke apa2 jenis sukan yang mana kita nak pasukan atau negara kita menang tu mmg akan buat kita seram sejuk..kecut perut sampai senak perut kan jadi Gegar Vaganza ni la untuk lari dari stress tu...bijak dak? Bola tu kan bulat, apa2 pun boleh jadi...kedua2 pasukan nak menang mcm Kedah kot nak bagi hadiah kat Yang Dipertuan Agung yang akan tamat tempoh tahun ni dan orang Selangor mungkin nak meraikan Permaisuri baru kot hehe.

Image result for piala gegar vaganza

Dalam stress tu sempat la Umi tonton persembahan Nora dengan lagu Sudah Ku Tahu nyanyian Projector Band dan Rem dengan lagu Penawar Rindu nyanyian Orked Abdullah..dengan agak baik memandangkan dia penyanyi R&B dan bawa pulak lagu oldies dan buat Nora mmg vokal dia bagus.

Beralih siaran ke Piala Malaysia..yeahhhh Kedah dah mendahului gol dengan jaringan cantik dari Rizal Ghazali tapi kejap pulak Merah Kuning samakan gol diminit ke 60, kalau tak silap la sbb ishh tak nak fokus sbb ngerii..adehhhh
Image result for piala malaysia

Bola dan dhubby ni mmg tak boleh dipisahkan tapi dia dah gantung boot la dek masalah ACL...tu la takut nau nak gi ops..dan jugak faktor usia.  Dulu waktu dia main utk Malaysia dalam futsal..terbang ke Indonesia..ke Thailand tapi waktu tu orang tak kenal lagi pasal futsal.  Kalau dulu dhubby ni favorite penjaga gol bila masuk MAKSAK tu mmg mcm org ngeri la sbb dia punya skill dan semangat utk selamatkan gawang gol..tu dulu tapi semangat tetap tak luntur.  Kalau menonton tu siap bagi komen tu..ye la dulu pemain bola main untuk menang bukan semata2 untuk duit dan nama.

Dalam ramai2 penyokong pasukan Kedah tu ramai la anak buah dhubby turun ke Selangor...mmg bersemangat sungguh depa ni..

Apa pun semoga Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia kali ni tapi Umi orang KeyEll tak dapat apa pun..Kedah menang orang Kedah cuti..Selangor menang orang Selangor cuti..hehe

Pulun Kedah Pulun!

Nota: Kalau dhubby stress dia tukar la ke Gegar Vaganza..hehe.  Siapa pulak yang akan keluar malam ni? tunggu esok jer la kot.

Selamat Malam

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB