Kecoh perihal status makanan pulak dah..

11:33 PM

Tak habis lagi dengan isu halal kat Auntie Anne timbul pulak kedai makan Ninja Joe perkenal burger lembu pendek dinamakan P.Ramly alahaiii apa la nak jadi ni..yang pasti rata-rata netizen marah sebab ada yang kata walau ejaan tak sama mcm P Ramlee tapi boleh buat orang keliru dan kalau disebut bunyi pun dh akan2 P. Ramlee, pelakon dan pengarah Melayu Islam yang punya nama besar dalam industri perfileman..disanjungi dan tiada ganti hingga ke hari ni.  Kata sesetengah netizen menamakan burger lembu pendek sebegitu ni akan membuatkan orang keliru..ha part ni Umi nak habaq mai..tu gunanya kita pi sekolah...kena membaca dan faham..jangan dok main redah je kedai makan tu dah tau bukan kedai orang Islam pun dan yang pasti tak de tanda HALAL awat dok gatai pi masuk walau lapaq tahap gaban sekali pun kan.  Dan dengar kata ada seorang tu pi masuk nak beli...awat dah rabun sangat ka atau buta huruf atau dah tahap kebuluq kot...oppsss maaf naaa..emo pulak sekejap.

Umi tak la tau sangat pasal restoran Ninja Joe ..udahnya Umi ni Melayu tulin idak la pulak pi makan kat kedai non Muslim hehe

“The Ramly Burger has been in Malaysia for a very long time; it’s iconic. It’s a homage to them,” Ninja Joe proprietor Kelvin Tan told Malay Mail Online when contacted today, referring to the popular burger meat company.

“That’s why we came up with the ‘P. Ramly’. It’s got nothing to do with the actor. It’s purely a coincidence. The ‘P’ is for pork ― ‘Pork Ramly’,” he added. 
Nak baca lebih lanjut klik SINI

P bermaksud Pork dan Ramly sebab jenama Ramly gah dan sebagai tanda hormat erkk...bukan ke tu dah offensive? Tapi tak per la tak payah panjang2 sebab katanya depa akan tukar semua..jd bersangka baiklah naa 
 

Kes tak lulus sijil halal Auntie's Anne ni sebab JAKIM ada standard sangat tinggi dan bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan walau JAKIM ada minta Auntie's Anne ni tukar nama Pretzel Dog tu ke nama yang lebih sesuai.  Buat orang2 kita, usah la main forward dan forward kat whatsapp pasal cerita ni..biar pihak Aunties Anne dan JAKIM yang selesaikan..kalau rasa nak pi makan pergi la..dah duit hangpa so kalau larang pun hangpa nak jugak jadi tepuk dada tanya selera..

Nak tau lebih lanjut baca la SINI



Umi ingat dulu my brother dulu buka cafe kat Aeon Setiawangsa atas nama Sugar & Spice..100% kepunyaan orang Melayu Islam pun payah nak dapat kelulusan HALAL tu..dan pulak tu proses serta procedure Jakim yang punya garis panduan yang telah ditetapkan..so untuk orang2 kat luar sana tu kalau tak tahu cerita usah la panjangkan dan sampai boleh melibatkan sentimen yang sensitif okay


Dulu pun A&W ada kes macam ni keatas Coney Dog pastu dh ditukar ke Coney Chicken...kisah lama dah so tutup bukan naa

Islam itu mudah jadi jangan la pulak kita menyusahkan..kalau kita nak menamakan makanan biarlah yang baik2 bukan letak Pretzel Dog, Ham bagai yang kita tahu memang haram.  Ada jugak kawan cakap pasai apa tak ban kuih orang Kelantan macam Kuih Taik Itik...malas nak komen la.

~ secebis luahan ~ kiki

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB