Kisah pelajar hilang, anak hilang dan ahli keluarga hilang ni memang membuat kita sebagai ibu bapa, adik beradik dan saudara terdekat rasa risau, gelisah dan sebagai orang luar pun apatah lagi dah berstatus ibu atau bapa memang tidur tak lena, dan  pasti dok mengalir air mata bila teringat.  Ada kisah lama yang sampai hari ni tak ditemui anaknya dan ada yang ditemui dalam keadaan yang sungguh tragis.  Subhanallah.

darleen

Kisah 1 - Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, pelajar Sek Men Keb Tun Hussein Onn, Cheras dilaporkan hilang dan diculik 2 lelaki dengan menaiki motosikal sewaktu dalam perj.  Dikatakan dia duduk ditengah-tengah diantara 2 penculik ni.  Bagaimanapun dia ditemui oleh orang awam, Puan Juliana Jeffrey jam 2.30 petang yang terlihat gadis ini berjalan bersendirian berhampiran Aeon Big dan disahkan anaknya yang kawan sekolah Nur Darleen yang berada didalam kenderaan. Dia dalam keadaan trauma dan menangis.  Syukur Alhamdulillah masih ditemui dalam keadaan selamat.

Pihak polis dilaporkan masih menyiasat kes ni yang seakan pelajar tersebut mengada-adakan cerita.  Wallahuallam. Pelajar yang bakal menduduki PT3 tahun ni diharapkan berjaya dan belajar dari kejadian yang sememangnya membuat semua orang tertanya-tanya dan penuh kerisaun terutama buat ibu bapanya.

Nur Shakinah
Kisah 2 - Nur Shakinah Naim, 19 tahun, pelajar Malaysia yg dok berlajar di University of Technologi (IUT) Roanne, Paris dilaporkan hilang dan disedari rakan sebiliknya selepas telefon bimbit gadis berusia 19 tahun tu berdering tanpa henti dan tidak dijawab. Ibu bapa dia yang tinggal di Kg Masjid, Tikam Batu, Kedah pun dah diberitahu oleh pihak JPA sebab pelajar pintar SPM 10A1 ni belajar atas tajaan JPA

Pada 29 September, Nur Shakinah dilaporkan telah selamat pulang ke kediamannya.  Alhamdulillah

Alkisahnya dia sebenarnya tak nak berlajar di luar negara dan UniMap telah menawarkan tempat untuk pelajar jurusan kejuruteraan ni untuk sambung belajar di Malaysia.  Dia mengaku telah keluar dari rumah sewanya Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum ke Paris menaiki kereta api.  Tiba di Paris, dia ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk rakyat Poland bernama Suraya, yang menasihati dan memberi sokongan dan dia tinggal dengannya selama 5 hari.  Pada Umi syukur Alhamdulillah, dia hilang dan tempat yang dia tuju tu di Masjid dan berjumpa pula dengan orang yang ikhlas menasihati kearah yang baik.  Apa-apa pun semoga dia terus maju jaya 

Kisah 3 - Pelajar Kolej Segi Sibu, Siti Fatimatuzzahrah Bumidin, 25, telah hilang selepas tidak pulang ke rumah di Taman Permai sejak Isnin.  Pelajar tahun akhir jurusan perubatan berasal dari Ipoh, Perak telah ditemui di masjid di bandar Sibu dan dalam keadaan sihat

05 Oktober - Kehilangan Siti Fatimatuzzahrah menerbangkan atuknya Shafie Adi, 85, ke Sibu dan tergerak hati mencari cucunya di Masjid An Nur dan menemuinya jam 2 petang dan ketika ditemui dia sedang membaca AlQuran.  Sewaktu ditemui dia enggan bercakap tetapi dalam keadaan menangis.

Pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti latihan di sebuah hospital di bandar Sibu ni dikatakan stress dengan peperiksaan yang sedang dihadapinya. Semoga dia terus berjaya dan tabah menghadapi peperiksaan dan terus cemerlang.  Seronok baca bila tertekan, anak akan ke Masjid dan membaca AlQuran bagi menenangkan diri..Syukur Alhamdulillah

Catatan Umi
Bila baca kisah² anak yang hilang ni kita jadi seriau, risau apa yang akan jadi pada anak² yg hilang ni dan syukur Alhamdulillah cerita Umi kali ni pelajar ni semua selamat dijumpai dan dalam keadaan sihat. Sebagai ibu bapa adalah doa dan bertawakkal kepada Allah swt semoga anak-anak kita dilindungi, diberkati dan dirahmatiNya walau dimana jua mereka berada baik depan mata atau jauh di seberang benua sana.  Juga diharap anak² menjadikan ibu bapa tempat untuk bercerita, berkongsi masalah dan kedua belah pihak harus bertolak ansur, telus supaya kejadian menghilangkan diri dapat kita elakkan. Apa yang penting, pelajaran agama, kenali agama kita pasti dapat membentuk anak² kita kearah lebih positif.