Vaseline dan pelbagai kegunaannya

4:29 PM



Manfaat Vaseline Petroleum Jelly. Produk campuran dari mineral oil, paraffin dan lilin micro crystalline yang dilebur menjadi satu dalam bentuk gel halus yang biasanya berwarna off white bening. 

Vaseline Petroleum Jelly yang disapu ke kulit akan meresap sempurna ke pori-pori kulit dan dengan cepat akan mengganti sel kulit mati dengan sel kulit baru yang sihat dan setelah meresap ke kulit, ia juga masuk ke dalam celah-celah sel kulit untuk menghalang hilangnya air dalam kulit kita. Sehingga kelembapan kulit tetap terjaga secara natural.

Kegunaanya:

  • Dioleskan pada bulu mata sebelum tidur akan melebatkan bulu mata : sebelum tidur, ambil sedikit vaseline dengan hujung jari telunjuk dan sapukan secara horizontal di helaian bulu mata.  Mulakan dari bahagian akar hingga ke hujung bulu mata.
  • Melembabkan kulit 
  • Mencegah dan mengatasi bibir pecah2 (dpt digunakan sbg lip gloss)
  • Pengganti krim malam
  • Menyembuhkan ruam di pinggang untuk orang dewasa atau ruam lampin pakai buang pada bayi.  Sapukan pada bahagian ruam selepas mandi atau waktu kulit masih lembap.
  • Melembabkan daerah kulit yang kering seperti siku, lutut, tumit, hingga telapak tangan dan kaki.
  • Dapat mengatasi dan mengurangi kesan kulit yang terkena luka bakar, maupun luka gores.
  •  Pelembab dan pelembut agar bibir tidak kering dan pecah.
  • Melindungi kulit di bawah terik matahari.
  • Dapat membersihkan/menghapus solekan di sekitar mata tanpa rasa pedih dan tidak merosakkan kulit
  • Boleh digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat.
  • Selain itu dapat juga digunakan untuk merawat benda-benda kulit kesayangan, hingga tidak mudah rosak sewaktu disimpan
  • Menjadikan minyak wangi tahan lebih lama dengan menyapukan vaseline di pergelangan tangan, belakang telinga, pelipat siku sebelum menyembur minyak wangi kegemaran.
  • Boleh melembutkan tangan dan tapak kaki yang merekah, harus dibuat secara rutin, disapu pada kulit tangan yang kering dan tapak kaki yang merekah
  • Kalau rajin sapukan vaseline pada kawasan kedut mata, pasti akan terhindar dari kedutan akibat penuaan.  Sapu secara nipis dibahagian kedut secara rutin untuk tengok kesannya

Pastikan:

  • Jangan terkena daerah sekitar mata

  • Jangan gunakan pada kulit yang mengalami luka dalam, jangkitan dan sebagainya.  Dapatkan pengesahan dari doktor atau pegawai perubatan

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB