Drama slot Samarinda bertajuk Umairah yang mula ditayangkan pada 25 Oktober 2016 selepas cerita Patahnya Sebelah Sayap ni ada 15 episod jer dengan watak Umairah (Lufya), Shahrizal (Amir Asyraf), Adam (Shah Iskandar), Shiqin Kamal, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Shah Sulaiman, Octovia Manrose dan ramai lagi dibawah arahan Along Kamaruddin
ehh Along Kamaruddin pun berlakon ada watak gak semalam

Hari tu sempat menonton drama ni buat kali ke 2 dan rasanya dah boleh teka siapa Shahrizal ni..Umi rasa Shahrizal ni anak Dato Amir haha hehe kan cepat sungguh Umi dapat rungkai cerita ni.  Sebabnyaaa masa Shahrizal berjumpa dengan pakcik (tak tau nama siapa), lelaki tu cakap macam mana kalau dia berkahwin dan mempunyai anak dengan Umairah, apa status anak itu? jeng jeng jenggg Shahrizal balas dgn mengatakan dia tak akan mencintai dgn perempuan yang tidak dicintainya..

Semalam dapat tengok sepenuhnya drama ni..geram tengok si Shahrizal ni masa part dia balik dgn secretary Dato Amir ke rumah..terserempak dgn Sabrina yang mmg tak percaya siabang ipar dan mmg bagi sebiji-biji kat muka si secretary yang berlagak tu..yg best part tu si Shahrizal tu boleh pulak dia call si Umairah ckp dia kat rumah dgn sisecretary dan nak ke port...fuhhh bijak cover up tu sebelum siadik ipar bgtau Umairah kan..hurmm

Tak per..malam ni ada lagi..harap boleh la tonton tanpa tukar channel..nak ambil feel pastu jangan lupa letak tisu sekotak kat sebelah tau..


Image result for drama umairah

Sinopsis cerita :
Drama airmata ni mengisahkan perjalanan hidup gadis bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global.  Umairah mempunyai seorang adik perempuan bernama Puteri Nur Sabrina (Sab) sementara ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan Sab. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma.

Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?