Perkahwinan berusia 24 tahun..perjalanan masih panjang

8:30 PM


Image result for bismillah
Syukur Alhamdulillah..hari ni Umi dan dhubby telah menjejak angka 24 tahun hidup bersama..semua kisah suka dan duka dikongsi bersama

Sebenarnya kehidupan suami isteri ni sememangnya kita berkongsi segala suka tapi bab duka tu bukan semua kita akan kongsi.  Ada duka yang harus kita simpan dan buang..ada duka yang boleh kita ceritakann untuk menghilangkan bebanan didada dan ada duka yang kita akan cerita selepas diakhiri dengan suka. Kalau kita dok asyik cerita kisah duka takut2 nanti effect pada en suami yela bukan semua pasangan akan menjadi sangat positif dan tak kurang juga yang cepat negatif.

Buat dhubby, terima kasih atas segalanya..terima kasih kerana menjadi teman hidup yang bertimbang rasa, bekerjasama dan selalu ada buat Umi dan anak2 dan menerima Umi seadanya.

Alhamdulillah.



Rasanya tahun ni tak de la buat celebration kot sebab Ayong kat Besut, Angah kat Bangi, Kak Yang kat Banting serta Kak Cik pulak sibuk untuk menghadapi SPM.

Sambutan tu tak penting tapi yang penting adalah mengingati tarikh istimewa ini dan ucapan serta hug n kisses tu perlu..hahaha..maaf kan saya terover kejap

Image result for cartoon lover on bicycle gif

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB