Spagetti Aglio Olio

12:35 AM

Assalammualaikum

Kali ni nak share resepi ringkas dan mudah serta tak ambil masa yang lama untuk dimasak.  Ni resepi orang kurang rajin tau..hehe

aglio olio simple

Bahan:
1 paket pasta (spagetti / spiral / elbows atau apa2 jer pun ok)
5 ulas bawang putih - dipotong dadu
8 biji oyster mushroom
Minyak zaitun (extra virgin) Naturel atau apa jer
300gm ayam bahagian dada - dipotong kecil / atau daging / seafood
10 helai daun basil - dihiris
English parsley - dihiris halus
Chili flakes / cili kering yang ditumbuk kering

Cara membuatnya:
Panaskan air didalam periuk atau kuali, masukkan sikit minyak masak.  Bila dah mengelegak masukkan pasta, direbus hingga lembut. Angkat dan toskan.

Panaskan kuali, tuangkan minyak zaitun Naturel.  Bila minyak dah panas, masukkan bawang putih yang dicincang, bila bawang putih dah bertukar kekuningan, masukkan ayam dan dikacau hingga masak, kemudian masukkan cendawan dan dikacau lagi hingga cendawan jadi lembut.  Masukkan daun selasih, English parsli dan tomato, dikacau hingga layu dan kemudian secawan air.  Bila air dah agak kering, masukkan pasta dan dikacau hingga semua jadi sebati. Taburkan cili flakes dan garam, dikacau hingga sebati dan tutup api.

Masukkan dalam pinggan, tabur parmesan cheese dan makan.  Tapi saya tak letak cheese kali ni sebab konon nak kurangkan lemak yang dah makin tepu kat badan ni..ngeee

Selamat mencuba! Kalau cuba resepi simple saya ni share la naaa ;D

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB