Tetiba rindu nak main salji..nak merasa salji pulak nihh...mungkin sebab hujan dan cuaca dingin kot..ehh pejam celik pejam celik dah 10 tahun rupanya trip ke Beijing bersama pensyarah sebuah Uni di Selangor dan family diaorang. Pengalaman selama 6 hari dengan diaorang di pertengahan bulan Disember menjadi semakin seronok sebab diaorang memang menanti salji..dan salji turun pada hari kami ke Great Wall...snow flakes jer pun

Hari ni buat segmen throwback sebab posting yang lama kena dipadam sebab banyak gambar tak menutup aurat...zaman jahiliah tu kena buang jauh2..letak dalam peti dan kunci hehe dan yang letak kat sini pun rasanya masih bearable kot..hope tak offended anyone here

Kenangan memanjat Great Wall dengan gigihnya dengan tercungap2 pulak tu..mana taknya tak dak stamina haha.  Bila part turun tu tetiba hati rasa menyesal amat sebab berlagak kan sebab ahli grup yang pangkat makcik2 pun boleh panjat ni kat Umi yang masih muda keke.


Part yang best bila agent kat Beijing nama Aliah sungguh bersusah payah datang jemput dan bawak Umi ke Back Lakes (Hou Hai) untuk enjoy live music kat pub2 yang banyak kat sana tu tp tak boleh pergi lama sebab anak seorang pensyarah pun nak ikut so tak boleh la duduk lelama. Yang pasti live music kat sini mmg best...kat Malaysia ada la beberapa kali masuk club atas sebab undangan..kalau sesuka nak pergi mau kena perintah berkurung kot dgn dhubby..haha

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Antara perkara yang Umi suka kat Beijing antaranya makanannya..sup, sayuran, kebab mmg sedap rasanya tambah2 lagi bila musim sejuk pastu boleh pulak makan ubi keledek bakar yang dijual ditepi2 jalan...walau dulu mmg tak sentuh ahh ubi keledek ni

Dah kalau trip melancong ni haruslah ada berjalan melawat ke tempat2 sejarah antaranya Tianamen Square, Summer Palace, Forbidden City, bersolat di Masjid Niujie, Masjid Nan Do Ya selain ke tempat yang dimestikan seperti Burning Cream Center, Jade, Silk Shop dan banyak lagi...

No automatic alt text available.


Juga yang paling orang Malaysia suka ialah shoppingggg...kalau dulu shopping kat luar negara macam China contohnya Silk Market mmg best sebab matawang kita tinggi dan boleh beli bermacam2 benda dan spt orang lain juga Umi mmg tak lepas peluang la beli baju cheongsam utk anak2 dara, kain ela yang berela2 dan ada yang masih tak hantar ke tailor hahaha.  Masa tu siap boleh beli ipod yang sangat murah..tersangat murah tau...qualiti mmg ok tapi sayang bila dhubby silap masukkan lagu dia hanged..nak antar kat mana nak repair? dulu mana ada brand apple ni bukan la orang minat sangat so ipod tak la dibaiki  tapi masih ada dalam simpanan..nak buang sayang dah boleh jadi koleksi antik satu hari nanti keke

No automatic alt text available.

berlatarbelakang projek Bird's Nest Stadium untuk 2008 Olimpik
Ok la dulu..nak mimpi dan pasang angan kemana pulak throwbacks seterusnya..hehe