Dah Umi posting beberapa hari dulu pasal Pameran Potret oleh para pelukis hebat Angkatan Pelukis SeMalaysia kan..jadi event hari ni Umi ke sana la dan ingat nak langsung ke walimatulurus kawan dhubby tapi sebab Cik Meya tak nak pergi dan rutin menghantar lauk tengahhari kat rumah mak dan abah sebab Umi lupa nak tanya adik-beradik siapa yang ganti...so Umi dan dhubby, Kak Cik serta applepie cuma ke Balai Seni Visual jer untuk memberi sokongan pada bestie pelukis Cik Raja Fadzillah serta pelukis lain yang dikenali secara tak langsung sebab diaorang ni pun pelanggan ofis jugak.

So Umi share sebahagian foto yang sempat diambil dengan sang pelukis dan tanpa pelukis antaranya Imuda, Kak Aminah pulak ada di Austria dan diaorang ni ada yang ada pameran solo kat beberapa negara tapi hasil kerjatangan diaorang ni dipamerkan.  

Kalau nak tengok antara lukisan para pelukis otai ni KLIK SINI

Seriously melihat dengan mata sendiri memang buat kita teruja...kalau lukisan abstrak memang Umi tak fahamla walau kena menyulur atau kepala kat bawah kaki kat bawah..hehe

Untuk pengetahuan, APS ni dah tertubuh sebelum merdeka dan semasa perasmian pembukaan pameran ni oleh Datuk Seri Zakaria Sulong tersingkap cerita permulaan penubuhan APS ni.  Memang seronok dengar dan didoakan semoga APS terus maju..






bergambar dengan wifey sipelukis Cikgu Hassan

dhubby dengan Along 




Tuan Guru Nik Aziz
YDP ke XV Sultan Muhammad V



Potret Allahyarham Sudirman Hj Arshad oleh Imuda