Pencarian Bloglist Blog Baru : Farhana Jafri 130217

11:04 PM

Terima kasih blogger Husniey sebab tag pastu tinggal jejak lagi..ngeee.  Memang dah nampak dan nak join tapi dok bertangguh jer..macam ler sibuk nau kan..



Perjalanan sebagai seorang blogger

Huihh jenuh gak nak perah idea nak tulis menulis ni.  Tarik nafas jap...hembuss..tarik nafas..hembus..nak oksigen sikit untuk tambah idea..haha

Saya mula berblogging sejak 2006 lagi dan masa tu menulis untuk arkib sendiri tentang semua perkara yang manis dan masam dilalui dalam hidup.  So sebab tu nama blog ni sweetsourleyra.  Leyra pulak adalah serba sikit gabungan nama dengan dhubby kemudian buat blog khas untuk pelbagai petua sebab saya suka simpan keratan berkaitan petua untuk ubatan tradisional atau yang natural remedy sebab nak elak dari penggunaan ubatan moden.

Kalau tengokkan banyak posting yang telah ditarik balik sebab masa awal berblogging saya masih tak berhijab dan ada jugak yang masih diperam dalam draft.  Dah la tak berapa aktif pastu bila Facebook diperkenalkan, saya banyak posting dalam FB selain addicted dengan game Farmville. Selain tu account kat Tagged pun masih wujud sebab main game Pets jugak bila bosan dan yang paling sayang account Friendster yang dah dimatikan.  Lepas tu addicted dengan novel pulak.  Eh dari cerita blog sesat pulak cerita pasal social media lain kan.

Masa mula berblogging tu ingat nak tukar domain blog ni konon nak lebih glam la sebab boleh letak nama sendiri atau nama yang kita suka tapi bila difikir balik mungkin tak kot sebab kalau umur tak panjang tiada siapa kot yang akan sambung menulis dan yang pasti posting yang ada akan hilang kot.

Apa-apa pun saya dah aktif balik dalam berblogging ni sejak awal 2016 dan mula membuka blog ni untuk bacaan orang ramai dan Alhamdulillah dapat berkenalan dengan blogger yang rata-rata sangat positif juga bijak dan semakin seronok membaca blog kawan-kawan yang kekadang mencuit hati dan memberi inspirasi serta mendapat pengetahuan jugak.

Teringat masa saya aktif berblogging dulu, saya ada staff yang juga blogger tau.  Satu hari tu saya jengah blog dia, dia mengata saya sebagai lady boss yang simpan anak ikan. Naubuzillah.  Nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada tapi tu la pemikiran penulis cetek dengan kawan-kawan yang tak tahu apa-apa yang menambah komen. Apa-apa pun, tu hak dia untuk menulis dan apa yang dia fitnah tu suatu dosa besar kan.  Saya dah maafkan dia pun.

Sekarang ni antara masalah saya dalam berblogging ni ialah saya ni kononnya perfectionist jadi bila menulis tu konon nak yang sempurna dan nak pastikan ejaan tu betul dan pengunaan bahasa tu bukan main hentam keromo..sadiskan dan juga rasa segan sebab ramai blogger yang muda-muda pulak tu.

Apa yang pasti, impian saya untuk terus menulis untuk anak cucu dan orang ramai yang sudi membacanya dan saya akan cuba hapuskan writer's block saya tu..hehe

Ok nak tag 3 blogger awesome ni


You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB