Image result for r ramlee
Seniman sepanjang zaman yang selalu diingati dan yang terbaik dan hebat
Google hari ni meraikan hari lahir P Ramlee ke 88...wow kan sebab siapa tak kenal P Ramle? Pelakon, Pengarah, Pelawak, Penyanyi, Penulis Lagu, Komposer dan anak seni yang serba boleh dan tiada tandingannya kan.

Semua cerita lakonan P Ramlee seperti Seniman Bujang Lapuk, Ali Baba Bujang Lapuk, Antara Dua Darjat, Anakku Sazali dan lain-lain KLIK SINI memang meninggalkan kesan dan tak pernah jemu ditonton. 

Mengikut catatan wikipedia, P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih dan sekarang dikenali sebagai Tan Sri Datuk  Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih, dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 dan meninggal dunia di Setapak pada 29 Mei 1973.

Image result for alfatihah

AlFatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

Pernah berkahwin dengan Salmah (Saloma) Ismail (1961 - 1973), Noorizan Mohd Noor (1955 - 1961), Junaidah Daeng Harris (1950 - 1954).

Ummi masih ingat lagi cerita yang dulu P Ramlee diharamkan menjejak kaki di Perak sebab dia mengahwini Seniwati Noorizan yang juga isteri kerabat Diraja Perak.

Waktu tengah mengoogle tu Ummi ternampak satu blog tentang tarikh lahir P Ramlee yang sebenarnya dan kalau dibaca masih misteri.  Tapi sememangnya orang zaman dulu tarikh lahir diaorang berubah-ubah antaranya sebab surat beranak hilang, lambat mendaftar, ibu bapa buta huruf dan hilang disebabkan zaman jajahan Jepun dsbnya.  Jadi tak mustahil tarikh lahir P Ramlee pun yang tercatat bukan tarikh sebenarnya.

Ok sini Ummi copy paste cerita dalam blog http://pramlee-mustafar.blogspot.my/2006/05/bila-p-ramlee-dilahirkan.html untuk kita baca.  

Bukan untuk mempertikaikan tapi kalau dapat tahu yang sebenarnya pun bestkan..tapi apa la ada pada umur, hanya nombor. 

Gambar: P. Ramlee berlakon bersama Siput Sarawak dalam "Chinta" arahan B.S. Rajans. Perhatikan, apakah P. Ramlee ketika itu umurnya 19 tahun atau 29 tahun?





Sebagaimana yang mengetahui, P. Ramlee dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Tarikh ini telah disahkan dan tercatat pula dalam kad pengenalannya bernombor 4131383 yang dikeluarkan pada 15 Jun 1961.
Bagaimanapun, dalam buku Kaca Permata oleh Jamil Sulong ada tercatat:
"P. Ramlee dikatakan lahir pada hari Rabu 21 Mac 1928. Ini salah. Kesilapan begini berlaku kerana kadang-kadang Ramlee sendiri memberi tarikh lahirnya mengikut ingatannya saja sambil mengatakan hari itu jatuh pada 1 Hari Raya Puasa. Jadi orang yang hendak membuat kajian akan cuba menghitung atau mencari kalendar lama menyesuaikan hari raya dengan hari yang dikatakannya sebagai hari lahirnya itu.
"Ramlee pernah mengatakan kepada saya dia sengaja mengubah tahun pada umurnya sewaktu meninggalkan Pulau Pinang supaya tidak disangka terlalu muda. Ini memang perkara biasa dibuat oleh orang yang merantau atau mencari kerja yang kadang-kadang mengubah tarikh lahir malah mengubah nama.
"Menurut surat beranaknya (cabutan Pendaftar Beranak Pulau Pinang bilangan 633113), P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1919. Sekiranya menurut kiraan hari, 21 Mac 1928 tidak boleh jatuh pada hari Rabu kerana 22 Mac 1929 (1919 atau 1929? - Mustafar) ialah hari Jummat.
"Surat beranaknya ini dapat saya lihat sewaktu kami berada di Jalan Ampas, dan masa itu dia diganggu oleh wakil insurans untuk mengambil insurans nyawanya. Kerana perlu mengira umur dan lain-lain yang berhubung dengan insurans, maka perlu ada surat beranak dan kami sama-sama melihatnya dan saya sempat membuat salinan."
Sungguhpun Kaca Permata telah diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1990, namun tarikh lahirnya masih kekal pada 22 Mac 1929. Salinan surat beranak P. Ramlee ada pada Jamil Sulong, kenapa tidak diperbetulkan daripada 22 Mac 1929 ke 22 Mac 1919?
Jamil Sulong mencatatkan tarikh lahir P. Ramlee 21 Mac 1928 (bukannya 22 Mac 1929) kerana diperingkat awal P. Ramlee dikatakan lahir pada tarikh itu, namun begitu tarikh tersebut dilupakan dan 22 Mac 1929 digunapakai.
P. Ramlee dalam temubualnya dengan Zainuddin Nordin (RTM) sebelum meninggal dunia berkata lebih kurang begini: 
"Saya telah dilahirkan pada 1 Syawal ah... tahun 1300... berapa tu, berapa ye? Kadang-kadang umur misti mahu dirahsiakan. Tapi di dalam bulan... tahun masihi iaitu pada 23... 22 Mac tahun 29. 
"Jadi menurut kata ibu saya, saya ni dilahirkan ke dunia sesudah membaca khutbah Hari Raya, maka dari itu saya tidak difitrahkan. Kalau saya dilahirkan sebelum khutbah sebelum 1 Syawal maka saya akan di fitrah, difitrahkan. 
"Jadi pada hari 1 Syawal ini adalah satu hari yang tidak secara langsung seluruh kaum muslimin di dunia ini merayakan hari Aidilfitri dan disamping itu dengan tidak secara langsung merayakan hari lahirnya P. Ramlee.
Dengan itu, jelaslah sudah P. Ramlee mahu merahsiakan umurnya tapi memberitahu 22 Mac 1929 sebagai tarikh lahirnya yang sebenar. Kini mana satu yang harus kita akui? 22 Mac 1919 atau 22 Mac 1929kah?
Salinan surat beranak P. Ramlee yang ada ditangan Jamil Sulongkah? Atau pengakuan yang dibuat P. Ramleekah?
Menurut P. Ramlee dia datang ke Singapura pada 8 Ogos 1948 dan filem "Chinta" yang dibintanginya diedarkan untuk tontonan ramai pada 26 Oktober 1948.
Kalau tarikh lahir P. Ramlee 22 Mac 1919 bermakna ketika berlakon dalam "Chinta" umurnya lebih kurang 29 tahun. Apakah ketika membintangi "Chinta" umurnya setua itu?
Kalau dilihat raut wajahnya dalam "Chinta" umurnya tidaklah begitu. Kalau 22 Mac 1929 (19 tahun), mungkin boleh diterima. Oleh yang demikian sesuatu harus dilakukan.