Bayou Lagoon Park Resort, Gerbang Percutian Anda

10:39 PM

Hola!

Buat julung kalinya Umi nak berkongsi lokasi percutian yang sangat menarik di bandaraya bersejarah Melaka.  Siapa tak tahu Melaka sila angkat! Haish pelik kalau tak tahu pasal Melaka yang bersempadan dengan Kuala Lumpur dan kalau nak kesana cuma dalam satu jam setengah jer. Melaka adalah salah satu destinasi percutian yang tidak asing buat kita dan para pelancong luar negara kerana dekat Melaka ini membariskan deretan lokasi menarik untuk dilawati.  Melaka jugak menerima jutaan pelancong saban tahun kerana keunikan Melaka yang sudah pastilah pada tinggalan kesan sejarahnya, budaya dan keunikan gaya hidup penduduk tempatannya.  Tidak hairanlah bandar Melaka ini mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.  Umi nak kongsi sikit pengetahuan am buat semua yang Melaka ini merupakan antara negeri-negeri dikawasan pantai barat yang membangun dimana mempunyai peratus kaum Melayu antara yang terbesar iaitu 67% berbanding negeri-negeri lain yang membangun di kawasan pantai barat seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Ok..enough with the fact!

Agak-agaknya kalau korang ke Melaka ni mesti pening nak memikirkan pernginapan bukan? Mana taknya, bandar ini menerima ramai pengunjung dan hotel selalunya full house kalau kita tidak buat penempahan awal, tapi kini, jangan risau kerana kita boleh membuat tempahan awal menerusi traveloka.com

Pening memikirkan hotel yang best kat Melaka? Ok, apa kata saya cadangkan sebuah resort yang menarik di negera Melaka iaitu Bayou Lagoon Park Resort.  Apa yang best pasal resort ni? Resort ini mempunyai segalanya dibawah satu bumbung, dari taman tema air, pust konvensyen serta lokasi membeli belah!  Hanya 15 minit dari Pusat Bandar Melaka dan 5 minit dari Ayer Keroh, resort ini merupakan pilihan yang tepat bagi kita yang ingin bersantai dan beriadah bersama keluarga dan sahabat handai.  Samada kita datang untuk urusan kerja ataupun untuk bercuti, Bayou Lagoon Park Resort adalah pilihan yang tepat jika kita ke negeri ini.  Sekiranya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, masa perjalanan untuk kesini adalah kira-kira sejam setengah jerr.


Bayou Lagoon Park Resort ni mempunyai 254 buah bilik dan suites yang boleh dipilih bersesuaian dengan bajet dan keperluan kita.  Pilihan utama semestinya apartment jenis studio seluas 491 kaki persegi. Pilihan kedua adalah apartment 2 bilik bersaiz 722 kaki persegi yang punyai 2 buah bilik tidur.  Ketiga ialah apartment 3 bilik dan akhir sekali, penthouse 3 bilik dengan saiz 1444 hingga 2015 kaki persegi.  Kesemuanya bilik-bilik ini adalah fully furnished dengan pelbagai kemudahan asas untuk kegunaan para pengunjung antaranya hairdryer, kemudahan membuat kopi/teh dan banyak lagi dan jugak setiap bilik turut mempunyai balkoni yang tersendiri dan ini membolehkan kita bersantai sambil menikmati pemandangan menarik menerusi bilik masing-masing.

Image result for bayou lagoon resort melaka

Kalau kesini, banyak aktivi yang menarik dan boleh dilakukan selain mandi-manda di taman tema air yang disediakan, boleh juga melakukan pelbgai aktiviti air seperti polo air dan banyak lagi.  Selain itu bagi yang ingin mengekalkan kesihatan, kita boleh ke gym yang disediakan.  Gym disini sememangnya lengkap dengan pelbagai alatan yang terkini dan up-to-date.


Bagi mereka yang datang bersama anak-anak untuk bercuti, jangan risau kerana terdapat banyak yang boleh dilakukan bersama dan yang pasti menambah keakraban kita dan keluarga.


Pertama, apa kata kita bawa anak-anak kita ke Games Arcade Room yang menawarkan pelbagai pilihan permainan arked.  Anak kita pasti teruja degan pengalaman yang sangat menarik ni. Kedua, berkunjung ke 9D Motion Theater yang menawarkan pengalaman menonton filem pendek 9D. Bayaran masuk yang dikenalkan adalah lebih kurang RM16 sahaja dan untuk menambah keriangan dan keterujaan anak-anak, kita masuk ke Magic Art Museum yang pertama di Melaka dan menampilkan pelbagai pertunjukan silap mata dengan harga tiket RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak serta warga emas.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan best deal on Bayou Lagoon Park Resort di laman web traveloka.com hari ini juga!


hugs xoxo, sweetsourleyra

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB