Resepi Serunding Ikan Temenung  | Salam Sabtu! Dah lama buat serunding ikan temenung ni cuma tetiba hari ni teringin la pulak.  Resepi mudah lagi ringkas tapi agak renyah bila masa nak perisi isi ikan tu.  Ada sesetengah orang akan rebus ikan tu dan ada yang goreng ikan banyak dan dari dibuang boleh la dibuat serunding.  Apa pun lauk yang renyah macam ni kena buat hujung minggu sebab agak memakan masa tapi yang pasti memang sedap (puji diri sesekali tu..ok kan)


Resepi Serunding Ikan Temenung


Bahan-bahan:
150 gm ikan temenung (kembung) / tongkol
2 sudu ketumbar biji
10 biji cili kering
7 biji cili api (kalau nak lagi pedas, sila tambah jumlahnya)
10 biji lada hitam
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
1 cawan santan pekat


Cara membuatnya:
  • Ikan direbus dan diambil isinya sahaja.  Air rebusan boleh dibuang sebab tak akan digunakan tapi kalau nak simpan nak jadikan stok ikan pun boleh
  • Perisi isi ikan tu,  carik-carik hingga kecil tapi kalau tak carik pun tak jadi masalah sebab nanti bila dimasak, dikacau isi ikan akan jadi kecil atau berseroi kata orang utaqa
  • Masukkan  biji ketumbar, cili kering, cili api dan lada dalam pengisar dan dikisar hingga halus dan kemudian masukkan bawang merah dan bawang besar dan dikisar
  • Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar beserta isi ikan dan dikacau supaya isi ikan sebati dengan bahan yang dikisar beserta asam keping
  • Kena kerap kacau supaya tak melekat dikuali dan masukkan santan dan kacau lagi hingga isi ikan menjadi agak kering dan jangan lupa masukkan garam secukup rasa.
  • Bila dah kering, boleh la diangkat untuk dihidangkan 

Nota kaki:
  • Kalau nak simpan pastikan serunding tu sudah sejuk sebelum dimasukkan kedalam bekas bertutup dan pastikan bekas simpanan betul-betul kering
  • Boleh dimakan dengan nasi ataupun dengan roti