Assalammualaikum wbt
Selamat pagi 

Hari Jumaat hari tu Kak Yang balik jadi seperti dijanjikan nak buat sambutan hari lahir KC Iman ke 18 kat luar yang asyik bertunda sebab Dhubby sibuk dan tak cukup ahli kan, jadi semua dah ada Umi terus pilih Jom Western...takkan nak ke San Francisco lagi walau memang tempat favourite kami. Dah jenuh cari kat cik google tapi banyak pulak yang kena difikir antaranya parking, lokasi dsb la kan

Sebenarnya dah lama nak makan kat sini kalau tak silap bulan puasa 2 tahun sudah tapi penuh jadi kali ni nak mencuba la lagipun nak ke Aeon Big untuk beli sedikit barangan untuk Abah dan Mak, jadi sini adalah lokasi yang terbaik...;((



 KC Nur Iman terasa mual makan cheezy rice
 my heros - Dhubby, Ayong Azmer & Angah Ammar dah selesai makan

Nasi goreng ayam milky - seriously tak langsung boleh recommend makanan ni sebab sos untuk ayam tu memang susu, manis! Ingatkan milky tu dia guna cream tapi manis susu tin

Wantan with honey chicken, rasa wantan boleh katakan sedap jugak la tapi honey chicken bukanlah gandingan yang terbaik untuk wantan

 Cheezy baked rice with BBQ honey chicken pilihan KC Iman dan plain water
yang ni memang tak lalu nak makan sebab manis dan mmg tak kena cara pembuatannya tu

Nasi Goreng Thai non spicy dengan Iced Coffee untuk Dhubby

Applepie Aca makan Nasi Goreng Chicken Chop dengan Chocolate Shake..sedap katanya ermm


Kak Yang dengan Spagetti Carbonara dengan Iced Lemon Tea 
Manis!

Image result for menu jom western
pic dari google sebab tak sempat nak ambil picture.  Yang atas tu Cheezy Fries and yg bawah tu lebih kurang Rib Eye la keke
Ayong dengan Rib Eye Steak dan plain water ni have no complaints sebab yela orang masuk gym ni makan pun tasteless hehe

Angah dengan Cheezy Fries Banjir dan plain water.  Rasanya not bad boleh la dimakan kalau dah lapar

Total hangus adalah RM193 sahaja so memang kira murah la kan tapi part makanan ni Umi bagi 3/10 sebab memang tak menepati citarasa

Rasanya patut kami ke Pizza San Francisco jer la kot2 boleh jadi duta haha dan yang pasti makanan kat PSF ni menepati citarasa kami anak beranak



Nota kaki :
* Memang murah tapi seriously tak menepati selera kami anak beranak
* Cashier pun macam tak faham cakap kita atau dia buat2 tak faham jadi orang complaint dia boleh buat macam tak faham