Resepi Bihun Soto Ringkas Lagi Sedap | Assalammualaikum wbt. Sebenarnya Umi buat Soto Bihun ni hari minggu yang lepas selepas dah lama sangat teringin nak makan walau sebenarnya geram sebab pergi makan tempohhari kat satu restoran tu yang diwar-warkan oleh page Orang Wangsa Maju katanya mee kari kat situ sedap..ehh yang dimasak Soto Bihun bukan mee kari...hehe.  Masa kat restoran tu Umi makan mee kari dan Liez pulak makan Soto yang sejuk...memang frust kitaorang dah la pulak baru lepas hujan hari tu.


Nak tau cerita frust umi dan kawan pasal mee kari dan bihun soto tu baca kat SINI. Sekarang sila tengok resepi ringkas serta mudah ni dan boleh la masak waktu bulan Ramadan nanti ok


Resepi Bihun Soto Ringkas Dan Mudah Lagi Sedap


Bahan-bahan:
½ atau 1 ekor ayam sederhana - dipotong
1 bungkus mihun - dicelur hingga lembut dan ditoskan
1 bungkus rempah kurma
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam secukup rasa


Bahan untuk ditumis:
2 cm kulit kayu manis
3 biji pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih


Bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai


Bahan hiasan:
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Kacang tanah goreng - ikut kesukaan


Bahan untuk cili kicap

15 tangkai cili api dan 3 ulas bawang putih dikisar dengan sedikit air.  5 biji limau kasturi diambil jusnya dan dicampurkan dalam bahan yang dikisar, masukkan garam dan gula secukup rasa

Nota: Kalau suka boleh juga rebuskan nasi impit dan dimasukkan kedalam kuah soto atau goreng suhun dan dimasukkan dalam nasi impit tu


Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak didalam periuk
  • Tumis kulit kayu manis, biji pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi dan kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, ditumis hingga kekuningan.
  • Masukkan rempah kurma, dikacau hingga masak dan masukkan air, dikacau hingga kuah mendidih
  • Masukkan ayam hingga ayam empuk, keluarkan ayam dan toskan.  Ada yang menggoreng isi ayam jadi terpulang ikut kesukaan masing-masing
  • Dalam bekas yang lain, carik-carikan isi ayam dan tulang tu boleh dimasukkan kembali kedalam periuk
  • Kacau kuah hingga mendidih dan tutup api
Jadi tunggu apa lagi, masukkan dalam mangkuk, letaklah bahan-bahan hiasan dan selamat menjamu selera. 

Selamat malam