Nisfu bermaksud separuh. Nisfu Syaaban pula bermaksud separuh daripada Bulan Sya'ban, iaitu pada malam ke-15. Tahun ini, malam Nisfu Sya'ban jatuh pada hari Jumaat bersamaan 12/5/17, jadi malam  Nisfu Sya'ban ialah Khamis malam Jumaat. bermula selepas Maghrib.


Malam Nisfu Syaaban
gambar kredit : Viral Johor



Imam Syafie رحمه الله mengingatkan bahawa malam Nisfu Sya'ban ini adalah antara malam dimaqbulkan doa. Jangan lepaskannya :).


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul Qadar dan jangan dilepaskan peluang untuk meminta apa saja hajat kita.

Malam Nisfu Syaaban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yang banyak dosa, melihat siapa yang mohon rezeki, mendengar rintihan orang yang ditimpa musibah. 

1- malam terbaik untuk memohon keampunan

2- malam terbaik untuk memohon kemurahan rezeki

3- malam terbaik untuk memohon kemudahan urusan


  • Kerana pada malam itu Allah melihat dan mencari para pendosa yang mohon taubat
  • Kembalilah kpd Allah dlm keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dgn kita
  • Waktu akhir zaman byk kematian mengejut
  • Mlm yg dikabulkan segala doa.
  • Tawaran hebat pada mlm nisfu.. Diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu2 dibadan kambing.
  • Payahnya kita nak bertaubat sbb terbeban dgn byknya dosa.



Kelebihan malam Nisfu Sya'ban?


Kelebihan malam nisfu sya'ban antaranya adalah malam ini terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil pelbagai panggilan
  • Lailatul Mubarakah ~ malam keberkatan
  • Lailatul Qismah wal-taqdir ~ malam pembahagian dan penentuan
  • Lailatul Takfir ~ malam mengkifaratkan dosa
  • Lailatul Ijabah ~ malam diperkenankan doa
  • Lailatul Syafaah ~ malam syafaat
  • Lailatul Idil Malaikah ~ malam raya malaikat
  • Lailatul Hayat ~ malam hidup, iaitu malam yang tidakk dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya

Faedah amalan pada Nisfu Sya'ban

Disunatka menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, membaca Al Quran, berzikir, berselawat dan berdoa dengan niat:

  • Panjang umur sihat walafiat dalam taaat dan ibadah kepada Allah SWT
  • Selamat dari musibah, bala, penyakit dan wabak penyakit
  • Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekelian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khotimah 
  • Sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Syaban beribadah dengan mengerjakan solat Isyak berjamaah dan solat Subuh berjamaan

Peristiwa di Bulan Sya'ban

Malam Nisfu Sya'ban pada 14 Sya'ban , keagungannya seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra' Mikrajnya dan keagungan Ramadan dengan Lailatul Qadarnya

  • Berlaku penukaran qiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban
  • Berlaku peperangan Bani Mustalik pada bulan Sya'ban tahun kelima hijrah dan kemenangan berpihak kepada Islam
  • Perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah

Nota  :

Anda boleh mendengar ulasan Ustaz Azhar Idrus tentang bacaan Yaasin ni bukan satu kemestian tapi apa juga amalan yang baik di youtube.

Pada malam Nisfu Sya'ban ramai yang mengamalkan membaca surah Yassin sebanyak 3 kali berturut-turut dengan niat doa yang berbeza-beza tapi perlu diingat malam Nisfu Sya'aban adalah malam yang mulia dan bukan suatu kemestian membaca Yaasin tapi jugak membaca AlQuran serta surah-surah yang lain dan memohon kepada Allah SWT dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik untuk beramal ibadat dan jangan pula kita meninggalkan amalan lain kerana taksub kepada Nisfu Sya'aban.  Jangan kita tinggal Tahajjud kita semata-mata hendak mengejar malam Nisfu Sya'aban

Semoga bermanafaat buat kita semua