Pajeri Buah Amra

2:55 PM

Hola

Semua orang kenal buat kedondong kan dan tak ramai yang tau kat Utara tanahair buah kedondong dipanggil sebagai buah amra (tak pasti ejaannya Amrah atau Amra tapi bunyi lagu tu la) tak pasti pulak awat berbeza tapi masih sama ok.  Kalau orang suka buat kerabu atau buat cicah garam belacan atau buat jeruk, Umi pulak suka buat pajeri buah kedondong ni. Rasanya sedap kalau dapat buah yang elok dan bila makin lama dia akan seakan berkeping-keping dalam kuah dan isi yang lerai tu jugak memekatkan kuah. Rasa masam manis makan dengan nasi panas dan ikan masin pun dah buat bertambah nasi.

Jom kita tengok resepi dia

bila dah masak makan dengan nasi panas pun dah cukup tapi kalau nak tambah ikan masin lagi bertambah² nasi nanti..hehe

Image result for buah amrah
kredit Google jer sbb pokok sendiri tak dak

Bahan-bahan:
5 biji buah kedondong - dibuang kulit luar dan dibelah dua
1 bungkus rempah kari ikan Mak Siti / Chap O atau rempah apa2 pun asal kari ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit udang kering - buatan sendiri tau
kerisik - buatan sendiri
garam

Bahan - ditumbuk
4ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara-cara:
  • Buah kedondong direbus dalam periuk hingga lembut dan toskan
  • Masukkan minyak dalam periuk, bila dah panas tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga wangi
  • Masukkan bahan yang ditumbuk hingga nampak kekuningan
  • Masukkan rempah kari dan dikacau sampai agak kering dan keluar minyak
  • Masukkan udang kering dan santan air dan biar santan nampak pecah minyak
  • Masukkan buah kedondong dan dikacau supaya buah bersalut rempah. 
  • Masukkan santan pekat, kacau dan biar dengan api perlahan
  • Masukkan kerisik dan dikacau supaya serata dan masukkan garam secukup rasa
  • Biarkan kuah tu pekat sedikit dan ditutup api



Selamat mencuba!


xoxo, Umi Fuzy

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB