Blogger dan Pengacara Shea Rasol Meninggal Dunia | Assalammualaikum wbt. Shea Rasol insan terpilih yang telah pergi mengadap Illahi pada pagi 09 Jun hari Jumaat penghulu segala hari dan di bulan Ramadhan yang mulia  kerana sakit kanser Uracal yang diketahuinya 2 minggu sebelum ulangtahun kelahirannya ke 29 tahun pada 8 Februari 2017

Siapa tak kenal blogger Shea Rasol salah seorang ikon hijabista blogger bersama Nuffnang yang sangat sinonom dengan fesyen hijab yang boleh sering ditemui di pelbagai acara fesyen dan kecantikan didalam dan luar negara.



Blogger dan Pengacara Shea Rasol Meninggal Dunia

Beliau cukup dikenali sewaktu dia mengacara rancangan SIS di TV9 bersama Heliza Helmi dan Bella Yunus pada tahun 2016. Shea Rasol juga seorang usahanita yang berjaya dan punya produk pakaiannya sendiri.

Siapa tak kenal boleh tengok blog Shea Rasol www.myamethyst-shea.com dan www.shearasol.com

Kali terakhir Umi jengah blog dia tak lama dulu..kira dah lama jugak la sebab nak blogwalking ni pun mengambil masa jugak kan.

Takziah buat keluarga Shea Rasol.  Berita kesedihan apabila dia dapat berita tentang penyakit kansernya tu diterima dengan penuh linangan airmata. Pasti dia pasrah dan redha walau berhari-hari dia menangis dan bersedih.


Innalillahiwainnaillahirojium

 

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, AlFatihah